Mat Saleh dedah sebab kenapa jual nasi lemak Malaysia dengan harga kayangan di Hawaii
Tidak dapat dinafikan, di mana sahaja kita berada, selera terhadap makanan kegemaran dari tanah air tetap kekal di hati.
Bagi rakyat Malaysia khususnya, masakan pedas, ulam-ulaman, dan sambal sangat sinonim dengan budaya makanan kita.
Nasi lemak, roti canai, serta kuih-muih tradisional seperti karipap dan popia sentiasa menjadi pilihan utama.
Namun, apabila berada di luar negara, mencari juadah tempatan Malaysia boleh menjadi satu cabaran.
Di negara asing, pastinya makanan tempatan mereka lebih mudah ditemui.
Jadi, apabila kita terjumpa gerai yang menjual makanan Malaysia di luar negara, ia bagaikan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @aimanariffinnnn, berkongsi pengalaman menariknya semasa berada di Honolulu, Hawaii.
Di sana, di sebuah pasar tani, dia menemui sebuah gerai yang menjual nasi lemak, juadah kebanggaan rakyat Malaysia. Lebih menarik, gerai tersebut dimiliki oleh seorang lelaki berasal dari New York, Andrew Presslar.
Gerai itu memaparkan banner dengan tulisan “Nasi Lemak Malaysian Coconut Rice,” yang pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja yang merindukan hidangan Malaysia.
Menurut Aiman, nasi lemak yang dijual di situ mempunyai sedikit kelainan, disesuaikan dengan selera penduduk tempatan dan dijual pada harga yang agak mahal. Andrew, chef dan pemilik gerai tersebut, menceritakan kepada Aiman bagaimana dia mula mengenali masakan Malaysia.
“Saya pertama kali diperkenalkan dengan makanan Malaysia kira-kira 16 hingga 17 tahun yang lalu ketika bekerja di New York bersama seorang chef bernama Zach Lazio yang memiliki restoran Malaysia. Sejak itu, saya mula obses dengan hidangan Malaysia,” katanya.
Andrew mengakui bahawa hidangan Malaysia mempunyai rasa yang sangat unik, menggabungkan masam, manis, pedas, dan masin dalam satu hidangan.
Bagi Andrew, nasi lemak adalah sesuatu yang jarang ditemui di Hawaii, dan pelanggan yang merasainya pasti akan kembali untuk menikmatinya lagi.
@aimanariffinnnn Nasi lemak serunding oink oink🐷 #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #hawaii #nasilemak #oinkoink #malaysia
♬ Hawaiian Roller Coaster Ride – Mark Keali’i Ho’omalu & Kamehameha Schools Children’s Chorus
Meninjau ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, termasuk rakyat Malaysia.
Sekilas pandang melalui video yang dikongsikan, nasi lemak versi Hawaii itu kelihatan agak berbeza daripada yang asli.
Walaupun begitu, ramai netizen berasa bangga melihat makanan tradisional Malaysia kini boleh dinikmati di luar negara.
Sebagai rakyat Malaysia, tentunya kita berasa bangga apabila juadah kebanggaan kita dihidangkan di serata dunia, walaupun dengan sedikit ‘sentuhan asing’.
Inilah cara terbaik untuk menjadikan Malaysia lebih dikenali di peringkat global, melalui cita rasa unik yang kita miliki.