Lelaki kongsi pengurusan tong sampah ‘terlebih moden’ di Turki, komen netizen Malaysia pula curi tumpuan

Lelaki kongsi pengurusan tong sampah ‘terlebih moden’ di Turki, komen netizen Malaysia pula curi tumpuan

 

Setiap negara sememangnya mempunyai cara tersendiri dalam pengurusan sampah untuk memastikan kebersihan dan keselesaan.

Hal ini penting bukan sahaja kepada penduduk tempatan tetapi juga kepada pelancong yang datang berkunjung.

Perbezaan ini bukan sahaja dari segi sistem yang digunakan, tetapi juga teknologi dan kaedah yang diaplikasikan.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @awangdapur telah berkongsi satu video menarik yang memaparkan cara pengurusan tong sampah ‘moden’ di Turki.

Video ini telah menarik perhatian ramai dan menunjukkan satu perbezaan ketara dalam cara pengurusan sampah di Turki berbanding dengan Malaysia.

Dalam video tersebut, dapat dilihat tong sampah di Turki diperbuat daripada besi.

Menariknya, lori sampah di sana dilengkapi dengan teknologi canggih yang membolehkan tong sampah besi ini diangkat.

Tong sampah itu kemudiannya dimasukkan terus ke dalam lori tanpa memerlukan pekerja untuk mengangkatnya secara manual.

Sampah yang terdapat dalam tong sampah besi yang ‘tertanam’ dalam tanah itu kemudiannya dipindahkan ke lori sampah sebelum dilupuskan.

Pekerja pembersihan pula hanya memantau proses ini dengan bantuan teknologi yang ada.

@awangdapur

♬ original sound – Awang – Awang

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut dibanjiri dengan reaksi pelbagai khususnya daripada netizen Malaysia.

Berdasarkan komen yang ditinggalkan, netizen Malaysia beranggapan bahawa pengurusan sampah di Malaysia adalah lebih baik berbanding di Turki.

Teknologi yang digunakan di Turki tidak dapat dinafikan lebih maju dan moden.

Namun, beberapa komen menyatakan bahawa proses pengumpulan sampah tersebut kelihatan lambat dan agak ‘complicated’.

Sebaliknya, netizen Malaysia lebih ‘menghargai’ sistem pengurusan sampah tempatan yang dianggap lebih praktikal, mesra alam dan efisien.

“Lama betul nak tunggu siap. Rasa nak tolong tolak je tong tu masuk dalam lori.”

“Kalau lori sampah Malaysia dah dapat selorong.”

“Nampak canggih, tapi menyusahkan.”

“Complicated, sampah keluar berterbangan dengan air menitik-nitik.”

“Tak efisien. Time tabur atas lori tu, ada sisa-sisa terjatuh.”

“Lambat. Malaysia buat kerja lagi cepat.”