Kerana terlalu gementar, pengantin lelaki tersasul sebut mas kahwin RM500 juta

Kerana terlalu gementar, pengantin lelaki tersasul sebut mas kahwin RM500 juta

Setiap yang berpasang-pasangan pastinya akan melengkapkan hubungan mereka dengan melangsungkan perkahwinan sebagai lambang suci kepada percintaan mereka.

Kebiasaannya, momen sewaktu akad nikah merupakan momen yang paling mendembarkan buat pengantin lelaki kerana perlu berhadapan dengan tok kadi serta dikelilingi ahli keluarga.

Terlalu gementar sampai tersasul

Itulah keadaan dan pengalaman yang dihadapi seorang lelaki ini di waktu hari pernikahannya.

@msamdanial

NERVOUS AKAD NIKAH PUNYA PASAL SAMPAI AKU PUNYA MAS KAHWIN JADI RM 500 JUTA TUNAI 😂😂😂😂

♬ original sound – Sam Danial – Sam Danial

Menerusi video yang tular di TikTok, seorang pengantin lelaki yang tenang pada awalnya tidak dapat menahan perasaan gemuruhnya sehingga tersasul menyebut RM500 juta berbanding RM500 ketika sesi pernikahannya berlangsung.

Suasana yang senyap dan serius akhirnya menjadi riuh dengan gelak tawa orang sekeliling yang mendengar kesilapan pengantin lelaki yang dalam keresahan itu.

Banyak sangat tu RM500 juta

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan keadaan yang dihadapi pengantin lelaki itu dan ada yang berseloroh bahawa harga buah pinggang seorang manusia pun tidak semahal itu.

Terlalu gementar pengantin lelaki sampai tersasul menyebut ''RM500 juta, tunai''

Pengantin lelaki terlampau gemuruh tu, sampai tersasul menyebut nilai mas kahwin.