Lulus loan beli Alza dengan gaji RM1500, individu ini kongsi tips tanpa perlu ikat perut
Sering kali kita mendengar ungkapan ukur baju di badan sendiri yang bermaksud jika mahu melakukan sesuatu atau berbelanja lihatlah pada kemampuan sendiri.
Tidak dinafikan kita semua mempunyai impian tersendiri sebagai contoh rumah yang macam mana hendak diduduki, barangan apa yang hendak dipakai seperti baju, bag dan juga kereta.
Namun, memasang angan-angan memang tidak salah tapi ia tidak perlu diikutkan sehingga menyiksa diri sendiri.
Minta tips untuk ikat perut
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila terdapat seorang individu yang memuat naik satu hantaran di Facebook untuk meminta tips bagaimana hendak mengikat perut untuk berjimat.
Menerusi hantaran tersebut, individu itu memaklumkan bahawa dia yang bergaji sebanyak RM1500 baru sahaja lulus dalam mendapatkan pinjaman bagi membeli sebuah Perodua Alza baharu.
RM900 bulanan untuk kereta Alza baru perlu dibayar setiap bulan
Namun apa yang mengejutkan ialah jumlah ansuran bayar balik pinjaman yang dilihat agak tinggi iaitu RM900 jika ingin dibandingkan dengan gaji bulanannya.
Oleh itu, dia bertanya kepada orang ramai apakah tips yang boleh dilakukan untuk dirinya berjimat cermat dengan mengikat perut agar dapat membayar komitmen bulanan untuk kenderaan tersebut.
Meskipun tidak dapat dipastikan adakah ia satu soalan yang benar-benar wujud atau sekadar satu ‘troll’, pertanyaan yang dikongsikan oleh laman Semakan Online di Facebook mereka ternyata telah menarik perhatian orang ramai yang agak terkejut dengan gaji yang dimiliki untuk membeli kereta berkenaan.
Meninjau di ruang komen terdapat beberapa warganet yang memberi cadangan serta tidak kurang juga ada yang memerli individu berkenaan.
“Tu dia biar papa asal bergaya”
“Buat kerja sambilan untuk tambah pendapatan”
“Puasa hari-hari, Alza dapat pahala pun dapat”