Ini 7 sebab kenapa Malakat Mall tak ada orang nak datang
Menyedihkan apabila melihat sebuah pusat beli-belah yang terletak di Cyberjaya kini seakan-akan lengang dan sunyi sepi tanpa pengunjung.
Dalam satu video pendek yang kini tular di TikTok, pusat beli-belah yang dikenali sebagai pasar raya Muslim pertama di Malaysia itu juga kelihatan seolah-olah terbiar kosong.
Apa sebenarnya yang terjadi kepada pasar raya yang sebelum ini dikatakan berupaya mengangkat imej bisnes Melayu moden di bandar yang menjadi hab IT negara tersebut?
Dr. Taha Omar yang diminta untuk memberi sedikit komen mengenai perkara ini telah menggariskan 7 faktor yang mungkin menjadi punca kegagalan pasar raya di Cyberjaya tersebut melalui hantaran di Facebooknya berikut:
Viral video sebuah mall “kosong”
Warning: Bacaan Panjang (5 minit)
Saya sebenarnya dah lama tak ambil tahu tentang sebuah mall yang telah di-anak-angkat-kan oleh penduduk Cyberjaya.
Tapi bila ramai yang DM dan tanya “bro komen la sikit pasal mall tu”. Saya just cakap, mall-angkat tu sebenarnya cukup sempurna dari segi infra, parking, design kedai, barang segar, ambience restoran, food court, event bulanan, dll.
Cuma ada beberapa perkara yang boleh kita cadangkan kepada pengendalinya (dibaca coach bola sepak).
- PILIHAN PRODUK. Memang dari pengamatan ramai, variasi produk di mall-angkat ini agak terhad. Kalau ada variasi pun, ia dari jenama yang tidak cukup branding exposure. Kemudian kadang-kadang bila produk tu dah habis, ia lambat di re-stock. Maka ini akan menjadikan ramai customer yang frustrated kerana perlu pergi ke tempat lain untuk cari barang, akhirnya customer kena singgah ke beberapa kedai untuk berbelanja.
- HARGA. Yang ni kalau ikut sejarahnya “pengendali mall-angkat” tak nak charge racking fees pada vendor-vendor produk, sebab nak buat profit-sharing melalui markup harga dengan kadar beberapa percent sehingga produk para vendor melebihi harga pasaran. Ini menjadikan ramai yang merasa “barang di mall-angkat ini mahal sedikit”. Jualan tak laku, profit pun tak nampak.
- JENAMA KEDAI. Boleh dikatakan 80% jenama kedai-kedai di dalam mall-angkat ni adalah jenama yang di “ilham” kan oleh pengendali mall-angkat ini sendiri. Aku dah tahu apa pengendali mall-angkat ini akan jawab “ehh kita dah ajak brand-brand luar masuk, tapi mereka yang tak nak!” Tapi satu je kau kena fikir “agak2 nya kenapa brand2 luar tu tak nak masuk mall-angkat ni?” Antara sebabnya adalah business model yang bersifat profit-sharing yang tidak praktikal. Maybe aku salah, tapi awalnya ini yang menjadikan diorang larikan diri.
Ketiga-tiga point di atas bagi aku biasa-biasa sahaja, tapi yang menjadikan mall-angkat ini kosong….mungkin adalah kerana faktor-faktor di bawah 👇
- HUTANG VENDOR. Sehingga hari ini aku terima beberapa keluhan dari bekas vendor/produk owner yang mereka letak barang secara consignment di mall-angkat ini….tapi bila barang mereka dah habis dijual, bayaran mereka menjadi tertunggak lebih dari setahun? Maaf aku terpaksa rahsiakan nama-nama vendor yang pernah bekerjasama dengan mall-angkat ini. Pernah aku tanya kepada mereka balik, kenapa tak kemukakan isu ni? Jawab mereka “ menjadi rumit dan tak suka hubungan akan jadi keruh”. Dan vendor2 ini pasti dah berdoa agar mall-angkat ini dibalas setimpalnya seperti mana mereka dizalimi. Tak apa guys, percayalah rezeki Allah itu luas.
- ISU AGAMA. Aku tak berkenan kalau buat perniagaan menggunakan sentimen Melayu Islam. Buat pengetahuan tuan puan, penduduk di Cyberjaya kebanyakkanya adalah foreigner dan ada berapa kerat je penduduk Muslim di sini. Ramai yang tak setuju apabila isu agama digunakan untuk promosi mall-angkat ini. Kita KELUARGA MALAYSIA maaa
- STAFF DIPERMAINKAN. Fuhh….letih jari aku weyh nak taip point kelima ni, tapi aku ringkaskan dengan point “sehingga hari ini hutang KWSP staf masih ada tunggakan”. (isu ini pernah viral suatu ketika dahulu). Itu belum lagi cerita tentang pengendali mall-angkat gemar mengarah staf untuk melakukan kerja luar dari bidang, nak hadam satu department pun ambil masa… bayangkan pula kena sepak sana-sini dengan coach bola. Lama-lama boleh burn out weh.
- WANG PELABUR KOPERASI. Untuk makluman, mall-angkat ini adalah antara salah satu dari projek koperasi (aku tak nak sebut koperasi mana, tapi korang confirm tahu), yang mana koperasi ini telah melaburkan wang pada mall-angkat dengan persetujuan “syok sendiri”. Dan sebenarnya kalau anda tahu struktur dan hubungan antara mall-angkat dan koperasi ini, mungkin anda akan nampak bias (berat-sebelah) dalam pelaburan pada mall-angkat ini. Pada awalnya memang menjadi percaturan besar pabila mall-angkat ini menggunakan wang koperasi untuk dilaburkan dan juga telah menyatakan pelaburan ini mungkin bakal memberi dividen secara tahunan pada kadar “antara 7%-12%”. Namun menurut owner mall-angkat ini “semua salah PKP dan kerajaan Tamil Nadu” sehingga mall-angkat itu tidak dapat memaksimumkan jualan dan keuntungannya. Lantas pelaburan oleh koperasi pada mall-angkat ini akhirnya umpama “tertumpang di biduk tiris”. Jadi bayangkan sekali lagi jika kesemua pelabur di koperasi ini berdoa agar mall-angkat ini dibalas setimpalnya seperti mana mereka digantung tanpa sebarang penerangan berkaitan apa yang telah berlaku pada wang mereka dan bilakah wang mereka boleh dipulangkan….tak ke binasa mall-angkat ni?!
Eh sembang dekat social media, kenapa tak jumpa pihak sana sendiri tanya? Untuk makluman korang, aku dah pernah jumpa (hari aku resign) dan buang masa aku saja.
Bukan nak jadi Hero, tapi aku nak menjawab persoalan dari mereka yang bertanya hingga hari ini. Ini pendirian aku, tak suka pun viral-viral ni. Ana ada banyak kerja demi menjayakan misi dan kerjaya.
Sekian.
Taha Omar
Coach Golf
*Penambahan: Aku adalah ex staff antara top management sana. Aku resign dan bukan dipecat. Posting ini untuk menjawab persoalan dan kebenaran berdasarkan pengalaman saya disana.
Tidak sesekali untuk menghasut atau mengaibkan, teruskan support bagi mereka yang suka dengan perjuangan mereka.
Bukan saya juga nak judge seseorang melalui ibadah dan akhlak seseorang. Penjelasan ini lebih kepada sistem Mall-angkat dan kebajikan ex-staff, vendor-vendor, dan investor yang dianiayai.
Facebook Taha Omar