Panas! Anak kandung Rosmah kata mahkamah buat keputusan tepat

Panas! Anak kandung Rosmah kata mahkamah buat keputusan tepat

Mungkin ada antara korang yang dah tahu dan ada yang baru tahu, Azrene Ahmad yang juga isteri kepada Fazley Yaakob adalah merupakan anak kandung kepada Rosmah Mansor melalui perkahwinan pertamanya.

Untuk pengetahuan korang juga, hubungan di antara Rosmah dan Azrene juga telah lama ‘putus’ ekoran perselisihan faham dan wanita ini pernah meluahkan apa yang berlaku ketika bapa tirinya Najib Razak kalah pilihan raya ke-14 yang lalu.

Semalam menerusi Instagram peribadi, Azrene telah memuat naik pendapatnya mengenai keputusan mahkamah yang mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan berhubung projek solar hibrid sekolah luar bandar di Sarawak.

Menurut pengalamannya sebagai seorang peguam, Azrene mengatakan bahawa Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang betul dan perlu dihormati.

Berdasarkan Akta MACC, terdapat anggapan bersalah melainkan tertuduh boleh membuktikan yang mereka tidak terlibat melakukan perbuatan tak jujur.

“Anda tak boleh hanya beri penafian. Anda perlu buktikannya.

“Hari ini, mahkamah telah berikan satu lagi keputusan. Pada saya, sekali lagi mereka berikan keputusan yang betul. Kita perlu hormatinya.

“Biarkan perkara ini selesai sehingga Mahkamah Persekutuan jika perlu. Kita perlu percaya dengan fakta dan kemampuan badan kehakiman untuk berikan penghakiman yang tak terbeban dan tak gentar.”

Tambahnya lagi, dia berfikiran objektif dan tetap merasakan sesuatu perkara itu tetap salah jika ia memang salah. Namun begitu, sebagai anak dia tetap doakan yang terbaik.

Yang betul itu betul, yang salah tetap salah lagi-lagi melibatkan ketua (termasuk pasangan) walaupun mereka itu keluarga.

“Saya tetap akan beritahu perkara yang benar dan ia tetap akan menjadi tanggungjawab saya sebagai manusia dan sebagai warganegara ini walaupun dengan kapasiti yang terhad.

“Sebagai anak, saya hanya boleh terus doakan mereka (ibu bapa) saya dan harapkan yang terbaik walaupun saya harapkan yang terburuk.”