(Video) Lelaki pak arab ini tolak interview dengan wartawan Isr@el ketika piala dunia

(Video) Lelaki pak arab ini tolak interview dengan wartawan Isr@el ketika piala dunia

Di sebalik kemeriahan dan situasi politik yang tidak menentu pasca PRU15, media sosial sejak Ahad lalu (20 November) sudah mula hangat memperkatakan mengenai kemeriahan pembukaan acara Piala Dunia FIFA 2022 yang berlangsung di Qatar.

Apa yang lebih menakjubkan adalah alunan ayat suci al-Quran yang kedengaran dibaca di atas padang Stadium Al Bayt semasa awal pembukaan telah mencuri tumpuan seluruh dunia.

Lelaki Arab tolak temu bual wartawan Isreal

Dalam pada itu, tular juga beberapa video yang memaparkan segelintir lelaki Arab yang menolak untuk ditemu bual oleh wartawan Israel.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @mynameis__luna, kelihatan lelaki arab terbabit enggan ditemu bual selepas mengetahui wartawan tersebut mewakili media Israel.

@mynameis__luna

BYE 🤣 #qatar #worldcup #worldcup2018 #fyp #foroyou #viral #video

♬ Run BTS – BTS

Terus beredar setelah mengetahui di temu bual media Israel

Berdasarkan video sama, kelihatan dua lagi lelaki berbangsa Arab langsung tidak melayan dan beredar dari situ ketika wartawan terbabit ingin menemu bual mereka.

Reaksi sama turut diberikan tiga lelaki lainnya apabila mereka yang pada mulanya kelihatan ceria ketika berada di hadapan kamera, tiba-tiba bertukar raut wajah selepas mengetahui mereka sedang ditemu bual oleh wartawan Israel.

Tidak menunggu lama, mereka bertiga lantas pergi meninggalkan kawasan berkenaan menyebabkan wartawan terbabit tergamam dengan situasi tersebut.

FIFA Qatar 2022 edisi ke-21

Untuk info, kejohanan bola sepak terulung ini yang lebih dikenali sebagai Piala Dunia FIFA sudah memasuki edisi ke-21 bagi tahun 2022. Kejohanan ini berlangsung sejak Isnin lalu (21 November) sehingga 18 Disember 2022.

Sementara itu menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berbangga dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki Arab terbabit.