Kerajaan beri tambang percuma dua hari pada OKU

Kerajaan beri tambang percuma dua hari pada OKU

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara selama dua hari pada 3 dan 4 Disember 2022.

Menerusi hebahan di sosial medianya, tawaran ini dikhususkan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama seorang pengiring.

“KTMB menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara selama dua hari pada 3 dan 4 Disember 2022.

“Khusus untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” jelas KTMB dalam kenyataanya pada Jumaat.

Dalam pada itu, KTMB menjelaskan bahawa tawaran ini sah di semua kaunter KTM Komuter berdekatan dan info lanjut berkaitan Free Ride KTM Komuter boleh dilayari di laman sesawang https://bit.ly/3B1Ptg5.

Untuk rekod, inisiatif ini bertujuan untuk meraikan sambutan Hari OKU 2022 tahun ini susulan Sambutan Hari OKU Sedunia diadakan setiap 3 Disember sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan masyarakat sebagai tanggungjawab bersama untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kemampuan dan sumbangan OKU.