Misteri bau busuk akhirnya terjawab, mayat kanak-kanak 4 tahun ditemui dalam mesin basuh
Seorang ibu tidak menyangka, bau busuk yang datang dari mesin basuh di dalam bilik anak lelakinya rupanya datang dari jasad yang tidak bernyawa.
Semuanya berpunca dari misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia empat tahun bernama Prince Grey Mondero.
Dipercayai hilang selepas bermain di rumah mereka pada Jumaat lalu, Prince merupakan merupakan kepada cucu wanita tersebut.
Bapa saudara yang ditugaskan untuk memantau mangsa iaitu Patrick Sucgang mendakwa tidak mengetahui di mana anak saudaranya berada.
Keluarga Prince kemudian membuat laporan polis sebelum ibu Sucgang terhidu bau busuk datang dari bilik anaknya yang berusia 15 tahun itu.
Bau itu dipercayai berpunca dari mesin basuh yang ditindih dengan kain serta susunan buku kerana sudah lama tidak digunakan.
Kejutnya bukan kepalang, wanita itu menemui jasad cucunya yang sudah tidak bernyawa saat membuka mesin basuh berkenaan.
Menjadi suspek utama dalam kes melibatkan anak saudaranya sendiri, Sucgang mengaku melakukan jenayah itu selepas disoal siasat oleh pihak polis.
Perbicaraan kes berkenaan bagaimanapun ditangguhkan sehingga remaja berkenaan mencapai umur 18 tahun.
Berada di bawah umur, remaja yang berasal dari Manila itu dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Bandar di Filipina.
Ketua Polis Las Pinas, Jaime Santos berkata, siasatan mendapati suspek gemar menonton drama biografi pembunuh bersiri Amerika, Jeffry Dahmer.