Anak kekasih bising, lelaki balun sampai lebam muka
Seorang lelaki diburu susulan dakwaan mendera kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang merupakan anak kekasihnya dipercayai akibat membuat bising.
Menerusi laporan polis yang tular, ibu mangsa berusia 17 tahun mendakwa teman lelakinya mula memarahi anak kerana terlalu aktif.
Lelaki diburu dera anak kekasih
Apabila anak bising, suspek didakwa memukul menggunakan penyangkut baju dan menampar muka anak sehingga cedera di muka, bengkak di bibir dan lebam di seluruh anggota badan.
Menurut ibu, dia cuba menghalang perbuatan teman lelakinya itu namun gagal. Perbuatan dera itu dipercayai berlaku sejak 4 Jun lalu.
Kini, mangsa sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur. Suspek pula dikatakan melarikan diri selepas melihat kereta peronda polis di rumah nenek mangsa.
Kredit: Facebook Ainin Sofiya