Suami tergamak tikam isteri, gara-gara enggan bagi password FB

Suami tergamak tikam isteri, gara-gara enggan bagi password FB

 

Seorang lelaki didakwa sanggup membunuh isterinya sendiri dipercayai kerana mengesyaki isterinya sedang ‘bermain kayu tiga’ dibelakangnya.

Minta ‘password’ FB

Gambar sekadar hiasan

Insiden yang berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia itu berlaku pada Sabtu kira-kira jam 3 petang di rumah pasangan tersebut selepas suspek menuduh isterinya berlaku curang terhadapnya.

Difahamkan sebelum kejadian itu suspek telah beberapa kali meminta kata laluan akaun media sosial Facebook mangsa namun mangsa tidak memberikannya. Perkara tersebut telah menyebabkan emosi suspek tidak terkawal dan akhirnya bertindak menikam mangsa berulang kali.

Setelah itu, suspek melarikan diri dari rumahnya manakala mangsa yang menahan kesakitan terjatuh di ruang tamu sebelum meninggal dunia.

Ibu kepada tiga orang anak itu dilaporkan mengalami luka akibat tikaman di perut dan di rusuk kanan sehingga meninggal di tempat kejadian.

Pegawai polis, Budhi Santoso mengesahkan kejadian itu dan pihaknya kini sedang mengendalikan kes tersebut.