Pelanggan hotel kena scam waktu ‘check in’, rupanya ramai dah terkena!
Industri pelancongan di dalam negara semakin pulih selepas teruk jatuh akibat pandemik Covid-19 dan kini ramai dilihat turut menggalakkan orang lain untuk pergi bercuti.
Namun, ada juga yang bernasib malang dan perancangan percutian rosak disebabkan hal-hal yang buruk sehingga membuatkan mereka kerugian.
Itu yang berlaku kepada sebuah keluarga di mana mereka berkongsi pengalaman ditipu oleh tempat penginapan di Teluk Intan, Perak baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Facebook, wanita dikenali sebagai Nazeerah Bashah itu berkata mereka dimaklumkan oleh staf tempat penginapan tersebut yang mendakwa tempahan dibuat menerusi satu laman web popular adalah scam.
Disebabkan itu, staf terbabit memintanya untuk membuat bayaran lain sebanyak RM180 untuk bilik baru jika mereka mahu bermalam di situ.
Kamu kena bayar RM180 untuk bilik baru atau batalkan. Jika kamu batalkan, kamu tidak akan mendapat refund.”
HOTEL SCAMMER TnT NOVELTY VACATION HOUSE, TELUK INTAN
Check in: 25 Dis 2022
Check out : 26 Dis 2022
Bilik : Tripple sharing
(3dewasa,2 kanak² bwah 12thn)booking melalui Agoda. Kebiasaannya,kami akn booking tripple sharing w 1single bed,1 queen bed ,or quad room w 2 queen beds. pic.twitter.com/RYwlkFKmvX
— Travel Jimat (@TravelJimat) December 26, 2022
Menerusi komen pula, ramai individu lain berkongsi cerita mereka di bahagian review tempat penginapan tersebut di mana rata-ratanya melalui pengalaman yang buruk.
Segelintir individu turut mencadangkan agar laman web penginapan popular itu untuk membuang tempat penginapan tersebut daripada senarai.