Isteri setia jaga waktu sakit, lepas sihat suami khianat kahwin lain
Betul apa yang diperkata ramai mengenai wanita diuji saat lelaki tidak memiliki apa-apa tetapi untuk kaum lelaki pula, mereka diuji disaat sudah memiliki segala yang diperlukan.
Kisah itu berlaku kepada wanita bernama Wiwin Supiyah, di mana ketika dirinya setia terhadap suami sewaktu rumah tangga berhadapan dengan ujian tetapi akhirnya dikhianati.
Untuk info, Wiwin merupakan isteri kepada pakar motivasi, YouTuber dan penulis buku terkenal bernama Dewa Eka Prayoga dan mempunyai kehidupan yang stabil tetapi hendak dijadikan cerita, selepas 18 hari mendirikan rumah tangga, dia diisytiharkan muflis kerana ditipu rakan niaga.
Susulan jatuh muflis, Dewa terpaksa berpindah ke rumah sewa yang jauh lebih murah dan bukan ujian itu saja yang perlu dilalui, dia turut menghidap Sindrom Guillain-Barre iaitu sistem imun badan menyerang bahagian saraf.
Dewa disahkan lumpuh seluruh badan selama 4 bulan dan kos rawatan pula mencecah lebih RM200,000. Biarpun pelbagai ujian dihadapi, Wiwin tidak pernah mengabaikan suaminya.
Biarpun Dewa menyifatkan Wiwin sebagai isteri berhati bidadari, pada tanggal 21 Jun lalu, wanita tersebut membuat pengumuman mengejut bahawa dia dan suami telah pun berpisah.
Walaupun tidak menceritakan secara terperinci mengenai punca keretakkan rumah tangga, ‘kantoi’ tentang Dewa sudah pun mengahwini wanita lain yang beerumur 24 tahun pada 14 Mei 2023.
Peguam kepada penulis itu memperjelaskan perkahwinan kali kedua lelaki terbabit sama sekali tiada unsur penipuan terhadap isteri pertama atau pemalsuan dokumen.