MK K-Clique bawa Siti Hajaar sambut Aidiladha di Sabah
Pertama kali menyambut Aidiladha sebagai pasangan suami isteri, penyanyi MK K-Clique teruja membawa isteri tercinta, Siti Hajaar pulang ke kampung halamannya di Sabah.
Rasa suasana kampung
Ketika ditemui OhBulan!, MK menyatakan dia dan isteri meraikan hari raya haji bersama keluarga di Tawau.
Saya menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga di Sabah. Insya-Allah.
Ditanya sama ada Siti Hajaar boleh bertutur dalam dialek Sabah, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata isterinya masih dalam pembelajaran.
Dia boleh bercakap dalam dialek Sabah tapi bunyi Indonesia sikit (ketawa). Dia faham bila saya bercakap. Alhamdulillah, saya pun fasih sikit bahasa Semenanjung.
Dia balik ke kampung saya di Tawau, baru dia merasa suasana sana.
Dalam pada itu, menerusi hantaran terbaru di Instagram Story, pelakon berumur 27 tahun mengucapkan ‘Salam Aidiladha Mubarak’ kepada peminatnya.
Terdahulu, MK dan Siti Hajaar selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor, pada 16 Jun lalu.