Sebar berita palsu isu kematian, Farahdhiya minta netizen hentikan

Sebar berita palsu isu kematian, Farahdhiya minta netizen hentikan

 

Kecoh di media sosial baru-baru ini mendakwa penyanyi dan pelakon, Farahdhiya dikatakan telah pergi menghadap Ilahi. Ya Allah, betul ke?

Walau bagaimanapun, Farahdhiya sendiri memuat naik di IG Story miliknya mengatakan berita yang tersebar itu adalah tidak benar sama sekali.

Berita Farahdhiya

farahdhiya

Berita palsu tersebut telah disebar oleh seorang indvidu yang tidak bertanggungjawab menerusi sebuah posting di Facebook.

Kecewa dengan sikap netizen itu, Farahdhiya meminta agar berita mengenai kematian tidak dipermainkan.

Cukup-cukup la main-mainkan kematian orang. Saya sihat Alhamdulillah masih lagi bernafas seperti biasa.

Adeh, jangan suka-suka hati nak sebar berita palsu macam itu tau.