Lelaki kejam, bunuh 7 bayi hasil sumbang mahram dakwa turuti arahan dukun

Lelaki kejam, bunuh 7 bayi hasil sumbang mahram dakwa turuti arahan dukun

 

Semalam tular sebuah kes yang menyayat hati dan amat kejam di mana seorang lelaki di Indonesia ditahan selepas dia didapati menanam 7 mayat bayi yang merupakan hasil daripada hubungan sumbang mahram dengan anak kandungnya.

Menurut laporan Kompas, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas, Kompol Agus Supriadi berkata, pihaknya masih menyiasat motif lelaki berkenaan yang dikenali sebagai R membunuh tujuh bayi hasil sumbang mahram itu kerana ilmu hitam atau sebab lain.

Cats 80

“Bayi-bayi itu dibunuh kerana ada arahan daripada seorang dukun. Kami masih menyiasat sama ada motifnya adalah ilmu hitam atau hanya dijadikan hamba seks kepada kanak-kanak itu,” katanya lagi.

Kerana itu, Agus berkata beliau tidak menolak kemungkinan jumlah suspek akan bertambah jika benar dukun itu adalah ‘pembisik’ kepada R.

Difahamkan, perbuatan keji itu dilakukan R sejak kelahiran bayi pertama pada 2013 sehingga bayi ketujuh pada 2021.

Selain itu, pihak polis telah menggali kawasan bekas kolam itu semalam namun masih belum menemui rangka tiga bayi tersebut.

Isteri ketiga R yang dikenali sebagai S dikatakan menjadi ‘orang tengah’ ketika E melahirkan anak, lebih mengeruhkan keadaan, S dikatakan diugut bunuh oleh R sekiranya membongkarkan perkara kejam tersebut.