Rupanya ini punca media antarabangsa dakwa Bukit Bintang antara lokasi pelancongan paling ‘overrated’ di Asia
Bukit bintang boleh dianggap sebagai “nadi” Kuala Lumpur kerana pembinaannya untuk mencapai sebuah bandar raya bertaraf global.
Jumlah pengunjung di kawasan segi tiga emas itu mencatat peningkatan ketara sehingga menjadikannya lokasi tumpuan yang wajib dikunjungi.
Pun begitu, baru-baru ini portal Times of India menerbitkan artikel, menyenaraikan Bukit Bintang sebagai antara 10 lokasi pelancongan paling ‘overrated’.
‘Overrated’ boleh diterjemahkan sebagai berlebihan atau sesuatu yang indah khabar dari rupa.
Portal itu menyenaraikan 10 lokasi dianggap berlebihan di Asia.
1. Phuket, Thailand
2. Bali, Indonesia
3. Great Wall of China
4. Baga Beach, Goa, India
5. Halong Bay, Vietnam
6. Angkor Wat, Cambodia
7. Mount Fuji, Japan
8. Ubud, Bali, Indonesia
9. Taj Mahal, India
10. Bukit Bintang, Malaysia
Portal itu melaporkan, Bukit Bintang terlalu ramai pejalan kaki dan terlalu bising sepanjang masa.
Bukan itu sahaja, kota itu turut menjual makanan dan cenderamata pada harga yang agak mahal, menurut aduan dari pengunjung.
Selain itu, pelancong kecewa kerana terlalu banyak pengkomersilan seperti bangunan atau iklan yang menjejaskan pengalaman merasai budaya di sini.