“Macam mana nak order ni?” – Teh ‘o’ ais ‘sling bag’ buat netizen terhibur
Kalau singgah di warung atau kedai mamak, minuman seperti teh ‘o’ ais sudah tentu menjadi salah satu pilihan.
Lebih-lebih lagi cuaca Malaysia yang panas, menjadikan minuman kegilaan orang ramai ini laku keras bagi membasahi tekak yang kering.
Kebiasaannya, minuman ini sering ‘ditapau’ bungkus dalam plastik atau dihidangkan dalam segelas berisi ais batu.
Baru-baru ini tular satu video memaparkan air minuman dipercayai sebungkus teh ‘o’ air dipesan oleh seorang penunggang motosikal di sebuah gerai tepi jalan.
Menariknya, air minuman itu dibungkus (ikat tepi) menggunakan tali rafia sedikit panjang dari kebiasaannya.
Dalam klip yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @siungtrueno, seorang lelaki membawa sebungkus teh ‘0’ ais yang telah diikat dengan tali rafia itu hingga mencecah lututnya.
“Alhamdulillah dikurniakan kawan-kawan yang sihat pun satu rezeki,” seloroh pemilik video pada ruangan kapsyen.
@siongtrueno Alhamdulillah dikurniakan kawan2 yang sihat pon satu rezeki🤣🤣🤣…musibat punya budak #fyp #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp
Sementara itu, perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian warga maya mengenai gelagat mereka di dalam video.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat karenah individu yang membawa minuman tersebut kepada pelanggannya.
“Teh ‘o’ ais sling bag satu! Cepat sikit ye. Dahaga ni,” komen salah seorang pengguna.
“Teh o ais ikat tepi tali lebih,” tulis seorang lagi pengguna.
“Teh o ais ikat tepi tali lebih, ” komen seorang lagi warganet.
“Kalau nak macam ni kena order macam mana,” tanya seorang pengguna lagi.
“Baru gerak 100 meter dah penuh batu dah,” seloroh seorang lagi.
“Jangan naik motor laju-laju. Melibas orang tepi nanti,” komen seorang lagi pengguna.
Untuk makluman, video ini mendapat lebih 70,000 ribu tontonan dengan lebih 3,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen pengguna di platform tersebut.