Covid19: Bila dipakai alat pernafasan, bermakna nyawa tak panjang?
Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan seperti doktor dan jururawat dalam berikhtiar menyelamatkan pesakit COVID-19 sangat-sangat dihargai.
Namun yang sering menjadi kerisauan ramai adalah sekiranya mereka disahkan terkena COVID-19 dan terpaksa dibawa ke hospital, majoriti ajal mereka pasti tidak lama.
Lebih menakutkan sebaik sahaja pesakit COVID-19 dipakaikan alat bantuan pernafasan, ada yang begitu yakin itulah pengakhiran kehidupan mereka di dunia sementara ini.
Sama seperti kes Affendy yang mendakwa pada awalnya dirinya sihat namun terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan dan pernah cuba memohon untuk dibebaskan.
Bagaikan sudah tahu bagaimana pengakhiran hidupnya di katil hospital apabila disahkan menghidap COVID-19, Affendy akhirnya benar-benar dilaporkan meninggal dunia.
Salah satu permasalahan ini terjadi dalam sistem kesihatan kita adalah untuk mencegah dan merawat COVID-19, KKM hanya bergantung kepada sistem WHO.
Menurut laporan Suara Merdeka, mana-mana kaedah perubatan lain seperti cara Melayu tradisional mahu pun perubatan Islam sering ditolak mentah-mentah dan dianggap ‘jijik’ serta ‘sampah’.
Kononnya herba-herba yang sudah ada di Tanah Melayu sejak zaman-berzaman misalnya tidak layak untuk ditampilkan mengubati masalah COVID-19 dan ia kekal dipandang sepi.
KKM tetap tegas apa cerita sekali pun kalau sah menghidap penyakit COVID-19, wajib masuk hospital dan sampai ke hari ini pun masih belum ada ubat untuk menyelesaikannya.
Vaksin pula cuma sekadar ikhtiar untuk mengurangkan kesan jangkitan COVID-19 dan bukannya mematikan virus itu dengan berkesan dalam tempoh masa tertentu.
Bayangkan jika ada kementerian dalam Malaysia ini menjulang dan mengangkat martabat perubatan berasaskan herba, tidak mustahil untuk kita menemui sesuatu yang bernilai.
Jika KKM hanya menjulang sistem perubatan berlandaskan WHO, tidak memberi peluang kepada perubatan alternatif untuk selamatkan nyawa, masyarakat akan berserah sahaja untuk dimatikan.