Perkembangan meresahkan: Kes kematian lebih 200 tiga hari berturut-turut akibat Covid19
Sebanyak 278 kematian Covid-19 dicatatkan, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 25,437 kes, menurut pusat data Github Kementerian Kesihatan.
Malaysiakini melaporkan jumlah kes kematian melebihi 200 kes untuk tiga hari berturut-turut.
Daripada kes kematian semalam, sebanyak 35.6 peratus (99 orang) meninggal dunia sebelum dirawat di hospital.
Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 113 kes – merangkumi 40.6 daripada kes kematian baru.
Jumlah kematian negeri-negeri lain: Johor (32), Pulau Pinang (31), Kedah (27), Sabah (22), Kuala Lumpur (12), Kelantan (11), Sarawak (11), Perak (5), Terengganu (5), Melaka(4), Pahang (4) dan Negeri Sembilan (1).
Tiada kematian baru dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.