Gara-gara curi Wifi, jiran diserang dengan kapak
Seorang lelaki di Indonesia berdepan detik mencemaskan apabila diserang seorang jiran menggunakan kapak hanya kerana masalah berkaitan wifi.
Menurut laporan Tribunnews kejadian yang berlaku di Karangbahagia, Bekasi itu menyebabkan lelaki berkenaan, Lasdo Apuan 38, cedera di bahagian kepala selepas terkena tetakan dari kapak yang digunakan jirannya itu yang dikenali sebagai EM.
Insiden tersebut turut berjaya dirakam CCTV dikawasan berkenaan hingga tular dimedia sosial.
Menerusi video tular tersebut, jiran yang menyerangnya pada mulanya bertindak memanggil lelaki berkenaan dari luar pagar sambil berkali-kali menghentak pagar berkenaan menggunakan kapak yang dipegangnya.
Sebaik lelaki itu menghampiri pagar rumahnya si penyerang dilihat mula menghayun kapak berkenaan. Menyedari yang pagar sebenarnya tidak terkunci, dia terus memasuki rumah mangsa sambil terus menghayunkan kapaknya menyebabkan suasana dikawasan berkenaan menjadi kecoh dengan teriakan suara wanita dipercayai dari rumah mangsa.
Mangsa yang terkejut diserang kemudian cuba mempertahankan dirinya menggunakan penyapu namun kepalanya pada waktu itu sudahpun tercedera selepas terkena tetakan kapak berkenaan.
Jiran lain yang terdengar suasan riuh rendah berkenaan segera tampil membantu Lasdo dengan mengejar dan melemparkan batu kepada si penyerang.
Si penyerang bagaimanapaun berjaya melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya di hadapan rumah si mangsa sebaik mengetahui beberapa orang jiran lain mula mengejarnya.
Sudah menjelaskan tidak mencuri wifinya
Menurut lelaki berkenaan, dia sememangnya tidak mengetahui apakah password wifi jiran apatah lagi mahu mencurinya. Jawapannya bagaimanapun tidak memuaskan hati si pelaku.
“Pada mulanya dia menuduh saya mencuri Wifi-nya, walaupun saya beberapa kali mempersoalkan bagaimana saya mencurinya, kerana saya tidak tahu kata laluannya. Dia tetap tidak mempercayainya malah terus menyerang saya” kata Lasdo dipetik dari Tribunnews.
Menurut ketua kampung mereka, Sumianto insiden tersebut berlaku ekoran dari rasa dendam pelaku terhadap mangsa ekoran dari isu sama yang dialami mereka.
“Sekitar dua minggu lalu, mangsa dan suspek ada bertelagah mengenai isu sama. Tetapi mangsa sudah menjelaskan yang dia langsung tidak tahu password wifi dan ianya berjaya diselesaikan dengan baik oleh penduduk kampung” katanya lagi.
Kes berkenaan kini dibawah sisatan polis tempatan selepas mangsa membuat laporan polis sebaik mendapatkan rawatan di hospital. Polis juga sudah bertindak motosikal suspek yang sebelum ini ditinggalkan di depan rumah mangsa.