Sah! Rauf bakal Ketua Menteri Melaka, bertanding DUN Tanjung Bidara

Sah! Rauf bakal Ketua Menteri Melaka, bertanding DUN Tanjung Bidara

 

Bakal calon Ketua Menteri Umno, Ab Rauf Yusoh dijangka akan bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Umno Melaka yang dikatakan menjadi punca ADUN Umno menarik sokongan itu dijangka membuat penampilan sulung sebagai calon.

Sebelum ini DUN Tanjung Bidara dimenangi oleh Md Rawi Mahmud yang memperoleh 58.15 peratus daripada keseluruhan undi di DUN tersebut.

Untuk rekod pada PRU 2018 Ab Rauf tidak bertanding dan BN gagal mendapat mandat untuk kembali menjadi kerajaan negeri.

Pada masa sama perkembangan dari semasa ke semasa politik Melaka menyaksikan Ab Rauf memainkan peranan yang ketara, termasuk mengumumkan pembubaran DUN selapas Idris bersama tiga Adun lain menarik semula sokongan mereka kepada Sulaiman.

Ia berlaku ketika nasihat kepada Yang Dipertua Negeri Mohd Ali Rustam untuk membubarkan DUN Melaka dibuat oleh Sulaiman selaku ketua menteri.

BN dijangka mengumumkan senarai calon-calon mereka esok.