Binatang! Lelaki ini lakukan seks dengan adik ipar berumur 15 tahun
Kejadian di Kota Bharu, Kelantan, seorang penjual ayam didakwa melakukan sumbang mahram, iaitu mengadakan hubungan seks dengan adik ipar yang berusia 15 tahun, bulan lepas.
Menurut laporan Kosmo, tertuduh berusia 33 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan ke atasnya di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Penjara 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan
Tertuduh telah didakwa melakukan sumbang mahram dengan mengadakan seks bersama adik iparnya yang berusia 15 tahun di dalam sebuah rumah pada 23 November lalu.
Menurut Kosmo, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan dimana hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebat akan dikenakan jika sabit kesalahan.
Tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam dan dakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin.
Mahkamah telah menetapkan tarikh 13 Februari 2022 untuk sebutan semula kes dan Hakim, Ahmad Bazli membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.