Tun M masih ditahan di IJN
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjalani beberapa ‘siasatan’ yang akan diselesaikan dalam beberapa hari akan datang berhubung keadaan kesihatannya di Institut Jantung Negara (IJN).
Sehubungan itu, IJN menerusi kenyataan terbaharu petang ini memaklumkan Dr Mahathir akan kekal berada di institut itu sehingga semuanya selesai.
IJN turut memaklumkan, susulan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19, tiada pelawat dibenarkan melawat Ahli Parlimen Langkawi itu.
Terdahulu Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada jam 7 malam tadi.
IJN dalam kenyataan menjelaskan, Dr Mahathir akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemantauan selanjutnya.
IJN memaklumkan Dr Mahathir dijangka berada di pusat perubatan itu untuk beberapa hari lagi.