6 tahun kahwin tapi tak pernah tidur dengan suami, rupa-rupanya ini sebabnya..
Setelah sah mendirikan rumah tangga dan bergelar suami isteri, menjalankan tanggungjawab dari segi zahir serta batin adalah perlu buat kedua-dua belah pihak.
Lebih-lebih lagi bagi seseorang yang bergelar ‘isteri’ kerana tugasnya perlu melayani pasangan dengan baik, namun ia merupakan tugasan yang ‘sukar’ buat seorang wanita ini.
Biarpun sudah 6 tahun mendirikan rumah tangga bersama pasangan, seorang wanita ini mengakui dirinya tidak pernah sekali bersama dengan suami tercinta.
@draishahlangkawii #fypage #fypdongggggggg #fyp #infertility #women #pcosawareness #vagunismus
Kisah yang dikongsikan oleh doktor pakar di platform TikTok itu, wanita tersebut menangis kerana berjaya dirawati setelah menjalani beberapa sesi rawatan bersama doktor terbabit.
Masalah kesihatan yang dihadapi dipanggil sebagai ‘Vaginismus’ iaitu apabila si isteri berasa tidak selesa serta perit semasa melakukan hubungan kelamin bersama suami dan ia juga membuatkan otot di sekitar ‘Miss V’ menjadi ketat sehingga tubuh wanita berasa seolah-olah dirobek dan kejang.
Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, rata-rata netizen akui kurang pengetahuan mengenai masalah kesihatan ini dan tidak menyangka ia merupakan hal yang serius sehingga boleh menjejaskan hubungan suami isteri.