Sedih! Lamaran lelaki ini ditolak kerana bukan pegawai kerajaan

Sedih! Lamaran lelaki ini ditolak kerana bukan pegawai kerajaan

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang menanggung kekecewaan selepas lamarannya ditolak mentah-mentah, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @insta__nyinyir itu dirakam di ruang tamu sebuah rumah.

Kelihatan empat orang sedang duduk di sofa dengan dua wanita adalah ibu masing-masing kepada pasangan kekasih berkenaan.

Menurut keterangan, lelaki itu datang bersama ibunya untuk meminta izin meminang gadis tersebut untuk dijadikan isterinya.

Namun, lamaran lelaki itu ditolak mentah-mentah kerana dia bukan penjawat awam.

Ibu kepada gadis berkenaan kelihatan berbincang dengan lelaki itu sebelum berdiri menghampirinya.

Lelaki itu bersama ibunya kemudian bangun lalu keluar dari rumah tersebut dengan menundukkan kepala tanpa berkata apa-apa.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Bersyukur tidak dapat mentua seperti itu. Bayangkan kalau jadi kahwin,’’ tulis seorang netizen.

“Sombongnya. Sabar ya anak muda, masih banyak perempuan yang lebih baik,’’ komen netizen lain.