9 perkara yang wajib anda tahu mengenai transaksi ePemula RM150

9 perkara yang wajib anda tahu mengenai transaksi ePemula RM150

Seperti yang sedia maklum, golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak, boleh mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program ePemula mulai hari ini.

Sejajar dengan pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kewangan (MOF) semalam, kredit e-tunai tersebut boleh ditebus melalui satu daripada empat penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

9 pekara yang wajib anda tahu mengenai transaksi ePemula, bukan 'offline' sahaja

“Selain RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk cashback, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh program ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula akan bermula 11 April hari ini hingga 1 Jun nanti, manakala kredit ePemula serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Menurut MOF, ePemula akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 April.

Apa yang boleh dibeli dengan RM150?

Menurut MOF, mereka yang memohon dan layak boleh menggunakan kredit RM150 ePemula tersebut untuk sebarang transaksi yang boleh dibayar melalui e-dompet pilihan masing-masing.

Namun, terdapat juga transaksi yang tidak boleh digunakan seperti pemindahan ‘peer-to-peer’, penebusan tunai, bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai, bayaran fi berkaitan kerajaan integrasi dengan aplikasi e-tunai.

Selain itu, bayaran bil pascar-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai juga tidak boleh menggunakan ePemula ini.

Dalam pada itu, bayaran tempat letak kereta dan tol, aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai dan transaksi e-dagang atau transaksi atas talian juga terkecuali dari penggunaan bayaran melalui ePemula ini.

Ini bermakna, penerima ePemula hanya boleh menggunakan bantuan ini secara ‘offline’ dan fizikal sahaja di mana-mana kedai atau premis yang mempunyai perkhidmatan e-dompet.

9 pekara yang wajib anda tahu mengenai transaksi ePemula, bukan 'offline' sahaja

ePemula bantu negara bangunkan semula ekonomi

Sebenarnya, pembelian menggunakan ePemula secara ‘offline’ adalah untuk membantu perniagaan luar talian berikutan pelbagai sektor ekonomi yang telah dibuka semula pada hari ini.

Kita perlu menyokong peruncit-peruncit ‘offline’ juga di seluruh negara, terutamanya PKS dan PKS mikro. Kita perlu memanfaatkan perniagaaan yang berdaftar di Malaysia, bukan perniagaan asing. Pembelian dalam talian tidak semestinya memanfaatkan perniagaan tempatan.

Ini bertepatan dengan usaha kerajaan untuk membangunkan semula ekonomi rakyat sejajar dengan fasa peralihan negara menuju endemik kini.

Sokongan kepada peniaga-peniaga offline juga mencerminkan semangat patriotik bagi kita sama-sama membina semula ekonomi pasca-Covid-19.