Berjaya tumbangkan pasar raya besar, ini sebenarnya kelebihan 99 Speedmart
Dalam satu artikel yang ditulis oleh Azmil Azali di The Patriots, telah didedahkan mengenai kehebatan pasar raya 99 Speedmart yang mampu bersaing dengan pasar raya yang lebih besar.
Artikel yang berjudul ‘Apa Yang 99 Speedmart Buat Sampai Pasar Raya Besar Terciduk?’ tersebut telah mendapat liputan yang meluas sehingga dikongsi ramai di media sosial.
Walau bagaimanapun, menurut Ihsan Zainal dari MBR Consultancy, terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dilihat sebagai faktor yang membawa kepada kejayaan 99 Speedmart ini.
Dikongsikan melalui satu hantaran di Facebooknya, berikut merupakan pandangan peribadi Ihsan Zainal mengenai 7 kelebihan sebenar 99 Speedmart yang ramai tidak tahu:
Bila ramai yang tag aku pasal posting ni, aku try baca isi kandungannya.. tapi point dia cuba sekadar bagitahu 99 Speedmart jual murah sebab beli dalam kuantiti yang banyak.. tu sebab dapat harga modal murah.. jadi dapatlah jual murah.. point ni tak kuat mana pun.. sebab perbezaan harga borong yang mereka dapat tak jauh beza pun.. jaranglah pengilang lain jual kat peniaga A dengan harga RM2, dengan peniaga B jual RM1.. habis kuat pun posen posen ja..
Jadi macam mana 99 Speedmart ni dapat jual murah berbanding pasaraya besar? Meh aku share beberapa point asas yang ramai tak tahu..
- Consignment.. adakala pengilang ni beri term.. jual dulu baru bayar.. bayangkan term ni 2-3 bulan lamanya.. maksudnya 99 Speedmart dapat collect dulu untung dan bayar pembekal kemudian.. jadi mereka dah untung dari segi modal yang membolehkan mereka membuka lebih banyak cawangan..
- Pengiklanan.. korang mesti perasan banner yang digantung depan kedai mereka.. semua bukan free.. bulan ni telco ni.. bulan depan telco lain.. belum iklan-iklan lain yang bekerjasama dengan mereka.. malah susunan barang mereka turut mainkan peranan.. perasan atau tidak, minggu ni lalu kaunter depan dia letak pampers.. minggu depan lalu dia letak bende lain.. semuanya duit guys..
- MOU dengan dengan telco untuk pemasangan Nlos.. ini lebih kepada booster telco tersebut.. ini tak percuma yer kawan-kawan.. boleh jadi sewa kedai mereka tu separuhnya ditanggung dengan perjanjian perjanjian ini..
- Mereka tak berlagak beli lori-lori baru.. semuanya buruk dan nak roboh.. tapi tujuannya tetap sampai.. dengan pembelian lori 2nd hand begini mereka berjimat banyak untuk mengurangkan kos logistik mereka..
- Gudang mereka menjimatkan ruang penyimpanan di cawangan kedai mereka.. mereka tak sewa tingkat atas untuk dijadikan stor, malah barang-barang mereka cuma diletak dibahagian luar kalau ruang penyimpanan dibelakang penuh.. gudang ini akan dibina untuk pengumpulan produk mereka sebelum diedarkan setiap hari, jadi mereka tak perlu sewa ruang stor yang besar dan ini lebih menjimatkan..
- Kalau perasan macam mana mereka menyusun strategi menyekat kita semua ke hypermarket atau pasar raya besar.. mereka akan buka cawangan di sepanjang perjalanan kita ke hypermarket ini.. kalau tak percaya, korang kira sendiri berapa banyak 99 Speedmart sebelum kita sampai ke Lotus’s.. team survey mereka akan ke lokasi tersebut beberapa kali sebelum confirm nak buka..
- Mereka juga elak menjual produk yang cepat expired.. seperti produk ayam mentah ke ikan, kalau ada pun jenis frozen.. so dari situ mereka tak perlu upah staf untuk pantau produk seperti ini secara harian.. staf pun tak cukup! Sampaikan trademark mereka ialah troli barang ditengah laluan! Haha..
Apapun pendapat di atas, ini cuma pendapat peribadi aku je.. ada orang sokong, ada orang boikot.. boikot mungkin sebab ada jual arak.. tapi jual rokok tak pulak nak boikot..
Sebenarnya kalau pemilik kedai tu dimiliki orang Islam.. mereka ada je policy untuk tidak jual arak.. so yang bising-bising tu, korang beli je shoplot sewakan kepada 99 Speedmart.. takdelah mereka jual arak.. cakap banyak pun tak guna.. perbanyakkan je pemilik komersial dari kalangan orang kita.. baru kita kuat dan boleh kongker market komersial ni..
Facebook Ihsan Zainal