Gara-gara berani buka mulut, lelaki terima 3 kepala di atas meja

Gara-gara berani buka mulut, lelaki terima 3 kepala di atas meja

 

Gara-gara menegakkan kebenaran mengenai tempat kerjanya yang kotor dan tidak selesa, seorang pekerja di organisasi pengurusan pendermaan mayat menerima tiga kepala di atas mejanya.

Isu tikus dan pepijat

Memetik laporan portal Daily Express US, pekerja yang dikenali Dale Wheatley itu membuat aduan mengenai isu tikus dan pepijat kepada majikannya.

Menurut Wheatley, dia menyuarakan kebimbangannya apabila menyedari terdapat mayat yang dimakan tikus ketika dalam simpanan mereka yang menyebabkannya tidak sesuai untuk dihantar ke sekolah perubatan.

Namun begitu, alangkah terkejutnya dia apabila menerima tiga kepala yang dipercayai diletakkan majikannya di atas meja selepas beberapa hari membuat aduan.

Ada mayat atau organ yang dihantar semula oleh sekolah perubatan kepada The Anatomical Gift Association of Illinois (AGA) kerana dalam keadaan sangat teruk.

Mereka menghantar semula mayat yang sangat teruk, mula mereput selain mempunyai pepijat, keadaannya sangat menyedihkan.

Ada kalanya ketika menarik mayat dari bilik penyimpanan, ada tikus sedang mengunyah bahagian bawah beg, di kaki (mayat).

Wheatley yang mempersoalkan tindakan majikannya yang menghantar tiga kepala itu kepadanya namun, menerima jawapan yang tidak memuaskan. Dia kemudiannya membuat laporan polis.

Bos kata ‘saya tidak tahu Wheatley’ dan ada banyak perkara pelik berlaku. Dia kata ada banyak aktiviti paranormal yang berlaku di tempat kerja mereka, mungkin itu sebabnya.

Dalam pada itu, Wheatley juga menafikan dakwaan laman sesawang AGA yang menyatakan organisasi tempatnya bekerja itu menyokong ‘standard responsif, hormat, privasi dan keselamatan tertinggi’ ketika melaksanakan tugas.

Kadangkala kami terpaksa mengeluarkan otak daripada kepala, namun kebanyakannya tidak dijahit semula dengan betul.

Saya amat berbangga dengan pekerjaan saya dan saya melayan penderma (jasad) ini dengan penuh hormat.

Saya faham mereka menderma kepada sains untuk membantu ilmu perubatan.

Kini, Wheatley tekad untuk terus menegakkan kebenaran agar tempat kerjanya itu mula bertanggungjawab dengan kejadian ini seterusnya membawa perubahan.