“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.
Ikon permotoran ini ditahan kerana ugut sebar gambar lucah bekas kekasih

Seorang pemuda yang merupakan ‘ikon permotoran’ ditahan polis pada Jumaat (9 Disember) selepas disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah seorang wanita.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir yang mengesahkan penahanan individu tersebut berkata, dia ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat mangsa yang juga bekas kekasihnya, lapor Harian Metro.
Sehubungan itu suspek direman empat hari bermula Sabtu (10 Disember) hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan.