Ini cara bayar zakat fitrah online bagi setiap negeri

Ini cara bayar zakat fitrah online bagi setiap negeri

Menurut Mufti WP, zakat fitrah yang dibayar secara atas talian adalah sah kerana akad yang berlaku dalam keadaan tersebut mempunyai gambaran akad secara tulisan yang dipersetujui para ulama tentang keabsahannya.

Zakat fitrah secara istilahnya merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam pada bulan Ramadan.

Mula diperintahkan pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadan, zakat fitrah diwajibkan untuk membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.

Memandangkan hari ini merupakan Hari Nuzul Al-Quran iaitu hari turunnya ayat al-Quran yang pertama, ini bermakna umat islam sudah 17 hari berpuasa dan semakin menghampiri penghujung Ramadan.

Jadi buat anda yang belum menunaikan zakat fitrah, di bawah kami kongsikan cara membayar zakat fitrah secara online mengikut negeri masing-masing :

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan

#1 Pergi ke laman PPZ MAIWP atau tekan di sini
#2 Isikan segala info diri anda
#3 Tekan Bayar

Selangor

#1 Pergi ke laman Zakat Selangor atau tekan di sini
#2 Pilih ‘Bayar Zakat Anda’ pada ruangan Bayar Zakat Online
#3 Isi segala info diri diikuti kaedah pembayaran. Pastikan untuk memilih jenis zakat yang betul, iaitu Zakat Fitrah

Perlis

#1 Pergi ke laman MAIPS atau tekan di sini
#2 Isi segala info diri dan pilih Zakat Fitrah
#3 Tekan ‘submit for payment’

Pulau Pinang

#1 Pergi ke laman Zakat Pulau Pinang atau tekan di sini
#2 Klik pada butang ‘Log Masuk’. Daftar akaun untuk pengguna baru.
#3 Selesai mendaftar, log kembali laman tersebut
#4 Pilih jenis zakat

Kedah

#1 Masuk ke laman Zakat Kedah atau tekan di sini
#2 Pilih amaun bayaran serta bilangan orang diikuti butang tambah
#3 Seterusnya, klik ‘bayar’

Perak

#1 Pergi ke laman e-zakat MAIAMP atau tekan di sini
#2 Isi segala info diri
#3 Swipe ke bawah dan tekan ‘Bayar sekarang’

Melaka

#1 Pergi ke laman Zakat Melaka atau tekan di sini.
#2 Isi segala info diri, jumlah tanggungan dan kadar zakat
#3 Tekan bayar sekarang

Negeri Sembilan

#1 Tekan di sini
#2 Lengkapkan segala maklumat diri
#3 Tekan ‘Bayar Melalui Perbankan Internet (FPX)’

Johor

#1 Pergi ke laman e-Maij atau tekan di sini
#2 Log masuk jika anda mempunyai akaun/ Buat pengguna baharu, daftar akaun anda.
a. Masukkan no. mykad dan tekan semak no. kad pengenalan
b. Lengkapkan segala info diri hingga ke bahagian pengakuan. Sebaik selesai log masuk semula
#3 Pilih Bayar Zakat Fitrah dan lengkapkan pembayaran

Pahang

#1 Pergi ke laman Ebayt MUIWP atau tekan di sini
#2 Lengkapkan segala info wajib yang diperlukan
#3 Tekan butang ‘Seterusnya Untuk Bayar’ dan lengkapkan pembayaran

Terengganu

#1 Pergi ke laman Ezakat MAIDAM atau tekan di sini
#2 Lengkapkan segala info wajib yang diperlukan dan tekan seterusnya
#3 Info tadi akan dipaparkan, jika betul tekan seterusnya
#4 Buat pengesahan dan niat Zakat Fitrah

Kelantan

#1 Pergi ke laman E-Maik atau tekan di sini
#2 Lengkapkan segala info diri dan tekan bayar

Sabah

#1 Pergi ke laman Apps Zakat Sabah atau tekan di sini
#2 Log masuk atau pilih daftar untuk pengguna baharu diikuti butang log masuk semula.
#3 Pilih ‘FPX & MIGS’ 
#4 Tekan butan ‘Teruskan pembayaran’
#5 Pilih jenis Zakat iaitu Zakat fitrah dan lengkapkan segala info diri.
#6 Pilih ‘Internet Banking’ dan lengkapkan pembayaran

Sarawak

#1 Pergi ke laman Tabung Baitulmal Sarawak atau tekan di sini
#2 Log masuk atau daftar akaun untuk pengguna baharu. Sebaik selesai mendaftar akaun, log masuk semula.
#3 Teruskan untuk pembayaran Zakat Fitrah