Isteri makin cantik selepas Shuk banyak kali curang
Kontroversi rumahtangga pengacara dan pelawak, Shuk Sahar bukan satu rahsia lagi. Orang ramai sedia maklum mengenai pergolakan rumah tangganya apabila dia dikatakan berkali-kali ‘kantoi’ curang.
Malah, isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada November lalu mendedahkan mereka sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dan dalam proses cerai.
Baru-baru ini, isteri Shuk yang lebih mesra disapa Sera menarik perhatian ramai apabila dilihat semakin ‘glowing’, kurus dan cantik. Dia dipuji semakin berseri-seri semenjak hidup sendiri.
Di Instagram Story, Sera memuat naik screenshot mesej dipercayai daripada Shuk Sahar. Dalam mesej itu, penghantar memberi pesanan kepadanya supaya ‘jangan terlalu cantik’ dan jangan melayan DM.
Shuk turut meminta maaf dan memohon Sera supaya tidak membuka hatinya untuk orang lain buat masa ini. Dia turut bertanya sama ada mereka masih mempunyai peluang untuk bersatu kembali.
Macam tu pula ya? Diharapkan supaya urusan kedua-duanya dipermudahkan.