Janna Nick dedah sebab mengapa pilih Mua Thailand

Janna Nick dedah sebab mengapa pilih Mua Thailand

 

Meskipun sudah seminggu berlalu, namun kisah perkahwinan pelakon Janna Nick masih lagi menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi solekannya mendapat pujian.

Seperti umum mengetahui, wajah Janna ditatarias oleh jurusolek ternama berasal dari Thailand iaitu Babara Beer. Malah, ada netizen ‘menyiasat’ harga dikenakan jurusolek tersebut iaitu RM10,000.

Memetik Oh Bulan, Janna terkejut apabila ramai mengetahui tentang harga dikenakan oleh jurusolek berkenaan namun akur apabila netizen sendiri yang ‘membongkar’ harga tersebut.

“Apabila cerita tentang solekan saya digembar gemburkan adalah diluar kuasa saya. Malah orang ramai sudah tahu harga yang dibayar untuk solekan itu membuat saya terkejut.

“Bukan salah saya, sebab netizen sendiri yang pergi korek dan tanya pada pihak jurusolek itu sendiri. Untuk saya tiada apa pun yang perlu dihebohkan sangat, saya gembira dengan hasilnya,” katanya.

Dalam pada itu, Janna turut mendedahkan sebab mengapa dia memilih jurusolek daripada Thailand itu kerana terlalu ramai jurusolek tempatan yang hebat serta mahu berlaku adil supaya tiada yang terasa hati.

“Untuk bandingkan jurusolek tempatan dan Thailand pun tiada isu pada saya. Mengapa saya memilih jurusolek Thailand adalah disebabkan terlalu ramai jurusolek tempatan yang sangat hebat dan cantik.

“Apabila terlalu ramai sehingga ada lima orang yang selalu solek saya, semua cantik. Sampaikan saya risau kalau saya pilih si dia, yang di sana pula akan terasa hati. Jadi saya ambil jalan mudah, pilih jurusolek Thailand supaya tiada MUA Malaysia yang terasa hati,” katanya.