Jom bina pawagam sendiri dalam bilik, kos RM20 je

Jom bina pawagam sendiri dalam bilik, kos RM20 je

 

Tak puas kalau tengok cerita dalam komputer riba atau televisyen? Nak tengok cerita ala-ala menonton di pawagam di bilik tidur?

Seorang lelaki telah berkongsi di Twitter bagaimana beliau membina pawagam sendiri dalam bilik tidur dengan kos cuma RM20! Anda rasa tak masuk akal? Jom tengok dulu perkongsian cara beliau.

Bina Skrin Projektor Dalam Bilik

1. Skrin projektor

Pertama sekali, anda perlu tahu asas membina skrin projektor. Skrin projektor perlulah daripada permukaan yang legap (tidak tembus cahaya), licin dan kukuh (tidak mudah goyang, tidak terlalu ringan atau berat).

Bina Skrin Projektor Dalam Bilik

Bahan yang paling sesuai ialah hard mounting board atau kad manila yang tebal. Yang penting pastikan permukaan bahan tersebut berwarna putih supaya tidak menggangu pancaran filem.

Bina Skrin Projektor Dalam Bilik 4

Bina Skrin Projektor Dalam Bilik 5

2. Klip besi

Klip besi berfungsi sebagai pemegang kepada cantuman skrin projektor. Untuk pegangan yang kukuh, beliau menggunakan klip besi yang berlubang di bahagian atas supaya boleh disangkutkan besi pencangkuk langsir.

Bina Skrin Projektor Dalam Bilik

3. Sangkut pada rel langsir

Setelah siap dicantumkan skrin projektor menggunakan klip besi, gantungkan pada rel langsir. Tapi hati-hati, jangan sampai runtuh pula. Pastikan rel langsir betul-betul kukuh untuk menampung berat skrin.

Bina Skrin Projektor Dalam Bilik 10

Untuk pilihan projektor pula, anda boleh pilih untuk beli secara atas talian atau pun di kedai. Untuk pilihan atas talian, anda perlu sedikit berhati-hati supaya tidak ditipu walaupun harganya memang mampu untuk anda milik. Baca dahulu pendapat pembeli sebelumnya di ruangan komen.

Bina Skrin Projektor Dalam Bilik

Bina Skrin Projektor Dalam Bilik

Nak selamat, beli sahaja di kedai supaya anda dapat memilih projektor yang benar-benar berkualiti dengan harga dibayar. Anda juga boleh meminta jurujual menunjukkan demo penggunaan. Lebih berpuas hati bukan? Yang penting pastikan projektor anda boleh disambungkan dengan HDMI.

Bina Skrin Projektor Dalam Bilik

Apa-apa pun, selepas ini kalau nak ajak kawan-kawan lepak rumah tengok movie pun dah seronok bila ada skrin projektor ala-ala wayang.

Selamat mencuba!