Kematian tragis, mata hilang & tengkorak kepala terbakar, ditemui dalam rumah terkunci

Kematian tragis, mata hilang & tengkorak kepala terbakar, ditemui dalam rumah terkunci

 

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah kematian tragis yang menimpa seorang pelajar Universiti Sumatera Utara (USU).

Mata hilang, kepala jadi tengkorak

Menerusi laporan Kumparan, mangsa iaitu Mahira Dinabila ditemukan mati di rumahnya di Daerah Medan Amplas, Indonesia pada 3 Mei lalu. Lebih meruntun hati apabila melihat keadaan mayat Mahira sudah mula membusuk dengan matanya hilang dan kepalanya sudah menjadi tengkorak selain mempunyai kesan terbakar. matanya hilang dan kepalanya sudah menjadi tengkorak.

Berdasarkan keadaan mayat, mahasiswi itu dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira satu minggu lalu. Hasil siasatan awal mendapati, punca kematian mangsa dipercayai kerana bunuh diri disebabkan penemuan sepucuk surat di lokasi kejadian.

Akan tetapi, bapa saudara Mahira iaitu Oky Andriansyah tidak percaya anak saudaranya itu bunuh diri kerana rumah yang didiami Mahira dikunci dan dimangga dari luar.

Mangsa mungkin dibunuh

Bukan itu sahaja, tulisan pada surat yang ditinggalkan itu juga berlainan dengan tulisan asal Mahira.

Hanya Pak Kepling (ayah angkat mangsa) dan isteri barunya saja yang tahu cara membuka pintu tersebut. Selain itu, kenapa bahagian kepala sudah kelihatan tengkorak sedangkan badannya masih elok, wajah juga kesan luka terbakar. Malah kawasan sekitar juga kelihatan kuning seperti dibakar.

Lebih menimbulkan kerugiaan apabila bapa angkat Mahira iaitu Mawardi tidak bersetuju bedah siasat dilakukan terhadap mangsa namun pihak polis tetap melakukan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Bukan itu sahaja, ada saksi mendakwa melihat Mawardi berada kawasan sekitar perumahan terbabit sebelum Mahira ditemui meninggal dunia.