Kerajaan tak berhati perut kalau buat pilihanraya semasa banjir
Hasrat Umno untuk mengadakan PRU15 walaupun banjir melanda negara sebagai tidak berhati perut terhadap rakyat.
Timbalan Presiden Amanah, Salehuddin Ayub berkata, cadangan itu disuarakan tanpa mengambi kira kesusahan rakyat yang terpaksa berdepan kemusnahan harta benda akibat banjir.
“Kalau dia buat macam tu harap rakyat dapat tolaklah mereka, tak kesian dan simpati langsung kepada rakyat,” kata Salahuddin.
Katanya, kerajaan sepatutnya mengambil kesempatan pada masa ini untuk menstabilkan kerajaan sedia ada.
Dia turut mencadangkan supaya PRU15 diadakan pada waktu yang lebih sesuai seperti selepas Tahun Baru Cina pada tahun depan.