KJ tepis isu perolehan ventilator gagal berfungsi, tumpuan kini pada Adham Baba pula

KJ tepis isu perolehan ventilator gagal berfungsi, tumpuan kini pada Adham Baba pula

 

Khairy Jamaluddin dah tepis isu perolehan peralatan ventilator gagal berfungsi yang cuba dikaitkan dengannya.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, pembelian peralatan perubatan tersebut dibuat oleh menteri sebelumnya pada tahun 2020.

“Untuk perolehan ventilator, ramai bijak pandai ini kata (saya) kena jawab soal ventilator dan perolehan ventilator ini (dibuat) pada tahun 2020.

Untuk rekod, Datuk Sri Dr. Adham Baba menjadi Menteri Kesihatan mulai 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021.

Jawatan itu kemudiannya disandang Khairy antara 27 Ogos 2021 hingga 10 Oktober 2022.

“Saya jadi Menteri Kesihatan pada Ogos 2021, ‘even you cannot get the facts right, i don’t even know why you’re talking to me’ (sedangkan fakta anda salah, saya tidak tahu kenapa perlu bercakap soal ini kepada saya).

“Bukan saya nak cakap saya campak menteri lain di bawah bas (menyalahkan menteri lain), tetapi ini adalah fakta, soal vaksin saya tak campak sesiapa di bawah bas, saya sedia bertanggungjawab,” katanya.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata demikian pada program podcast Keluar Sekejap hari ini.

Tegasnya, isu berkaitan perolehan ventilator itu perlu ditanya kepada pihak yang bertanggungjawab ketika itu.

“Saya kena jelaskan, sama juga dengan PPE (peralatan perlindungan diri), perolehan dibuat sewaktu sebelum saya (jadi Menteri Kesihatan),” tambahnya lagi.