Lelaki ini jual telefon bimbit Nokia lama demi beli beras, netizen jadi sebak

Lelaki ini jual telefon bimbit Nokia lama demi beli beras, netizen jadi sebak

 

Seseorang yang sedang berada di dalam kesusahan atau kesempitan wang sanggup melakukan apa sahaja asalkan ia dapat memberikan wang.

Malah ada yang sanggup menjual atau menggadaikan barangan kemas yang berharga agar mereka dapat menyara kehidupan diri mahupun keluarga buat sementara waktu.

Warga emas jual telefon bimbit kerana memerlukan wang

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang pakcik telah berkunjung ke sebuah kedai telefon bimbit hingga membuatkan ramai bersedih.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nor Asiah Kamis, lelaki tersebut pada awalnya datang ke premis berkenaan untuk menjual telefon bimbit jenama Nokia kerana memerlukan wang.

Jurujual itu kemudian meminta untuk melihat keadaan telefon bimbit berkenaan sama ada ia boleh dijual atau tidak.

Tujuan jual telefon bimbit untuk beli beras

Sebaik sahaja membuat pemeriksaan pada telefon berkenaan, jurujual itu kemudian memaklumkan model telefon bimbit terbabit sudah lama dan tidak boleh dijual.

Dia kemudian bertanya kepada pakcik itu sebab telefon itu mahu dijualnya sebelum menjawab kerana ingin membeli beras.

Pakcik itu turut memaklumkan dia datang dari Kampung Bemban dipercayai di belah utara dan datang ke kedai tersebut dengan menumpang rakannya.

@asiah1106

CONTENT SEDIH- PAKCIK NI MAI KEDAI NAK JUAL HNSET NOKIA BEDA BELI BERAS #ibukutuasiah #kutuasiah #fypシ #foryoupageeeee #iphone #fyp #xyzbca #kedah #sungaikedah

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Jurujual hulur bantuan seikhlas hati berjumlah RM300

Prihatin dengan kesusahan yang menimpa pakcik tersebut, jurujual itu kemudian memberikan sejumlah wang untuk membantunya.

“Handset (telefon bimbit) ni pakcik ambil balik, ini kira saya sedekah kepada pakcik,” katanya sambil memberi RM300 kepada lelaki itu.

Pakcik itu kemudian mengucapkan syukur atas pemberian wang tersebut dan berdoa agar jurujual berkenaan dimurahkan rezeki.

Malah apa yang lebih menyedihkan, dia turut menangis mungkin terharu dengan bantuan itu.

@asiah1106

Replying to @Ikhlas Awiera TERIMA KASIH SEBAB RAMAI YANG PRIHATIN DENGAN PAKCIK NI . INI HANYA CONTENT KAK SHARE UTK SEMUA . BOLEH TERUSKAN BERBUAT BAIK PADA ORANG TUA ❤️ DOAKAN ABAH KAK SEHAT NA , DIA TAK BERAPA SEHAT #ibukutuasiah #kutuasiah #fypシ #foryoupageeeee #iphone #fyp #xyzbca #kedah #videoviral

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Melihat di ruangan komen, orang ramai turut merasa sedih dengan kesusahan pakcik tersebut dan terdapat juga segelintir pengguna yang mahu memberikan bantuan.

“Macam mana nak tolong pakcik ni?”

“Terdiam seketika Ya Allah, aku malu. Tapi berikanlah kekuatan dan kebaikan dalam keluarga pakcik ni”

“Allahuakbar semoga Allah murahkan rezeki pakcik ni, kalau saya ada dekat situ saya akan bagi duit untuk pakcik ni”