Menteri jamin 600k peluang pekerjaan tahun ini, boleh percaya ke?
Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang akan diancarkan tidak lama lagi bakal mewujudkan sekurang-kurangnya 600,000 peluang pekerjaan baru pada tahun ini.
Menerusi laporan Awani, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan menyatakan pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran akan dianjurkan untuk menaikkan semula sektor pekerjaan yang terjejas kerana pandemik.
Sasaran dapat dicapai berdasarkan pencapaian tahun lalu
Tengku Zafrul yakin dengan sasaran tersebut kerana menurutnya, tahun lepas telah mendapat pencapaian yang cemerlang dimana kerajaan berjaya melepasi angka 500,000 peluang pekerjaan yang ditetapkan dengan marjin yang besar.
JaminKerja ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu insentif pengajian dan satu lagi MyStep serta program latihan dan peningkatan kemahiran atau rescaling dan upscaling.
Bagi insentif pengajian kerja ini permohonan insentif telah dibuka sebenarnya dari 17 Januari yang lepas, boleh dibuat melalui laman web Perkeso.
Program MyStep itu merupakan peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja untuk menyertai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan kerajaan.
Kerajaan juga menyasarkan 220,000 pelatih menjalani rescaling dan upscaling dan semua yang dilatih dijamin akan mendapat pekerjaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan merasmikan Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang memiliki peruntukan dana sebanyak RM4.8 bilion.
Semoga usaha yang dilakukan ini dapat membantu lebih ramai anak muda dan rakyat yang mengganggur di Malaysia ini.