Panas! Mokhtar Senik kecewa dengan kerajaan, sedih sekolah pondok tak dapat peruntukan

Panas! Mokhtar Senik kecewa dengan kerajaan, sedih sekolah pondok tak dapat peruntukan

Tersentuh juga hati saya bila mendengar khabar Sek Suwasta Dhong Zhong mendapat peruntukan bantuan RM15 juta untuk 63 buah sekolah.

Sebagai pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia tercuit juga hati bila anak2 buah ( 250 buah pondok dibawah PMPS) bertanya mana bantuan untuk pondok dibawah kerajaan MELAYU ISLAM diera TSMY dan DSIS ?.

Bila ditanya kpd pihak atasan mereka akan jawab peruntukan dah lulus RM 100j untuk semua sekolah2 tahfiz dan pondok2. Bila diberitahu LULUS sahaja tak memadai kalau tak diturunkan kebawah. Mereka jawab dah agih RM 60 juta. Bila ditanya berapa buah tahfiz dan pondok yg dapat?. Mereka jawab hanya sekolah tahfiz dan berdaftar sahaja yg dapat. Tapi soalnya hampir seratus buah pondok2 dibawah PMPS yg berdaftar belum dapat apa2 pun. Dibimbangi 40 j yg berbaki itu pun tak turun kebawah jugak.

Maaf..bukan nak husnu dzan. Tapi tak kasihan ke kat pondok2 dan guru2 mereka yg sekian lama tiada apa2 bantuan kecuali inisiatif majlis agama yg beri bantuan RM 600 seorg untuk 8 bulan (PKP) pastu RM 5000 untuk bantuan kpd Pentadbiran dlm tempoh 2 tahun PKP.

Saya tidak bercakap bagi pihak pondok saya yg berdaftar dgn JAKIM tapi pondok2 lain diluar sana. Saya tidak bercakap bagi diri saya tapi kawan2 dan Tuan2 guru yg mengendalikan pondok dibawah sana.

Saya berharap kalau nak bantu sungguh segerakan bantuan itu kerana masanya sudah terlalu lama. Yg kedua permudahkan urusan pendaftaran pondok tersebut. Mereka tak mahu daftar tapi urusannya sangat rumit. PMPS sedia menawarkan diri mengurus pendaftaran dan pengumpulan maklumat jika pihak JAKIM atau mana2 pihak memerlukannya. Bukan hanya membantu pondok2 dibawah PMPS bahkan mana2 pondok dan institusi pendidikan agama yg ada.

Jika pondok yg tak berdaftar tidak layak mendapat bantuan kerana dianggap beroperasi secara haram. Lalu bagaimana pula dengan Dhong Zhong?.

UMS
Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia.
Presiden Alumni Pondok P.tumboh.
3. 10.21.