Panas! PM buat kejutan, semua tergamam
SELAIN sering tampil dengan gaya yang ‘sempoi’ dan dekat dengan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga kadang-kadang dilihat bertindak tanpa diduga.
Buktinya, menerusi sesi temu bual bersama tiga pengacara dari Astro Awani, TV3 dan RTM iaitu Terrence Joseph Dass, Azaria Tagaya serta Cynthia Ng, yang disiarkan secara langsung semalam.
Kesemua mereka tergamam apabila secara tiba-tiba Ismail Sabri bertanyakan soalan secara spontan.
Bagaimanapun, kesemua pengacara memberikan respon positif terhadap soalan spontan tersebut kerana perkara itu jarang berlaku terutamanya ketika dalam sesi wawancara ekslusif.
“Datuk Seri rasanya ini kali pertama Perdana Menteri bertanya kita soalan dalam wawancara eksklusif. Nanti beliau ambil kerja kita pula selepas ini,”kata Azaria kepada dua lagi pengacara lain pada wawancara itu semalam.
Dalam masa sama, Azaria menerusi perkongsian di Instagram mengakui terkejut apabila Perdana Menteri secara tiba-tiba bertanya soalan kepada mereka.
“Bila Perdana Menteri pula tanya pengacara. Tergamam jugalah, sedang dalam wawancara eksklusif dengan Perdana Menteri, tiba-tiba Perdana Menteri tanya soalan kepada pengacara,” tulisnya.
Antara soalan yang ditanya Ismail Sabri semalam adalah berkisar mengenai pemahaman mereka mengenai pengertian Keluarga Malaysia.
Selain perkongsian di Instagram Azaria, rakaman video terbabit turut dikongsikan Buletin TV3 di aplikasi TikTok sehingga menjadi tular.
“Tercengang pengacara nak jawab soalan Perdana Menteri,” tulisnya dalam hantaran itu, lapor Suara Merdeka.
Lebih menarik perhatian, rata-rata warganet memberikan komen positif di Instagram dan menyifatkan Perdana Menteri seorang yang sempoi.