Rakyat puji Air Selangor layan pelanggan, Air Kelantan tutup terus komen

Rakyat puji Air Selangor layan pelanggan, Air Kelantan tutup terus komen

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dilihat lebih terbuka dan berhemah dalam melayan pertanyaan pelanggan berbanding Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB).

Hal tersebut dapat dilihat pada laman rasmi Facebook kedua-dua syarikat utiliti itu hari ini.

Menurut laporan Malaysiadateline, AKSB menerusi laman rasminya, Air Kelantan Official menutup sama sekali ruang komen sekali gus tiada peluang untuk pelanggan mengemukakan pertanyaan.

Untuk rekod, Air Kelantan Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Berbeza dengan cara Air Kelantan yang hanya memaklumkan kawasan yang terlibat gangguan air hari ini, Air Selangor dilihat lebih terperinci memberitahu status terkini termasuk jangkaan bekalan air pulih.