“Saya pantang orang kacau isteri saya” – Haqiem Rusli
Umum mengetahui, susulan keputusannya tidak lagi berhijab, isteri kepada Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea dikecam teruk oleh netizen.
Memetik Oh Bulan, Haqiem berkata dia tidak marah apabila netizen yang mengecam isterinya serta mengatakan mereka di luar sana berhak berkata apa sahaja.
Bagaimanapun, Haqiem berkata dia pantang jika orang tersayang dikacau atau dianggu kerana bimbang jika dia akan bertindak di luar kawalan.
“Saya tak mahu marah kepada netizen yang kecam isteri saya, mereka boleh komen apa sahaja tapi jangan cakap depan saya. Saya tidak tahu apa akan berlaku kalau mereka cakap dengan saya. Saya pantang kalau orang kacau isteri saya.
“Saya jenis kalau orang nak kacau saya kacau lah, tapi jangan kacau isteri saya, mak saya itu saya tak boleh. Saya risau akan bertindak di luar kotak (luar kawalan). Mereka orang yang saya sangat sayang.
“Kalau mereka (netizen) nak nasihat boleh sahaja, nasihat melalui DM atau Whatsapp cuma jangan perli isteri saya depan-depan,” katanya.
Sementara itu, Haqiem berkata dia sudah pun berpesan kepada isterinya supaya bersiap sedia dengan kritikan dan kecaman apabila berkahwin dengannya.
“Saya dah pesan dekat isteri saya untuk bersedia dengan segala kecaman apabila mengahwini saya. Dia dah bersedia dengan perkara itu, kalau dia tak sedia mesti dah meroyan, tweet dekat Twitter atau post sesuatu.
“Tapi dia tidak meroyan pun, sebab saya tahu dia juga sangat profesional. Mana yang beri nasihat akan ambil. Sebagai manusia doakan yang terbaik untuk kami. Saya percaya sebagai seorang selebriti, privasi untuk kami mungkin sudah tiada.
“Mereka yang bercakap tentang kami, mungkin aib mereka sedang ditutup oleh Tuhan, saya selebriti, jadinya lebih terbuka,” katanya.
Dalam pada itu, Haqiem enggan memberikan sebarang komen mengenai isterinya yang dikatakan mirip usahawan sensasi, Kak KM.