Semakin kerap tayang duit, LHDN umum akan siasat Aisar Khaled

Semakin kerap tayang duit, LHDN umum akan siasat Aisar Khaled

Sejak kebelakangan ini, nama instafamous Aisar Khaled kembali hangat diperkatakan di media sosial.

Jika minggu lalu namanya menjadi sebutan gara-gara satu video yang mendakwa dia baru sahaja membeli rumah secara tunai di usia muda. Kini Aisar Khaled sekali lagi menjadi perbualan kerana berkongsi ‘tips’ menyimpan duit untuk menjadi jutawan.

Namun menerusi video tersebut, dia bukanlah berkongsi tips mengenai cara menyimpan duit seperti yang didakwa, sebaliknya hanya berkongsi cara dia menguruskan perbelanjaan bulanannya atau lebih kepada tips menyusun duit.

Perkongsian tersebut menyebabkan dia dikecam kerana dikatakakan memancing pengguna TikTok dengan tajuk yang mengelirukan. Malah ada yang berpendapat Aisar sebenarnya hanya berniat untuk menayang bungusan-bungkusan duit yang dimilikinya seperti beberapa video terdahulu.

@aisarkhaledd

Hujung bulan makan telur je laa

♬ original sound – aisar_khaledd – aisar_khaledd

Namun siapa menyangka, video terbaharu yang dikongsikan Aisar itu menjadi bualan ramai selepas sebuah akuan TikTok yang menggunakan nama Lembaga Hasil Dalam Negeri dilihat meninggalkan satu komen ringkas yang berbunyi : “Nanti kami periksa, terima kasih mention kami ya.”

Yang menariknya hanya dalam beberapa jam, komen tersebut telah mendapat 1,489 tanda suka.

Menerusi satu lagi tangkap layar, komen berkenaan sudah pun meraih 3,983 tanda suka dan 138 komen balas.

Meskipun tiada pengesahan yang akaun itu adalah akaun TikTok rasmi LHDN, komen berkenaan nyata menarik perhatian orang ramai kerana jika ia terbukti benar, ia seolah memberi gambaran akan adanya satu siasatan oleh pihak mereka.

Betul ke LHDN?

Usaha kami untuk mengesan komen yang dimaksudkan bagaimanapun tidak berhasil kerana terdapat ribuan komen-komen lain di dalam video yang sama. Justeru agar sukar untuk mengetahui adakah benar komen tersebut ditinggalkan oleh mereka.

Namun menerusi pemerhatian kami, memang terdapat beberapa akaun selain akaun rasmi LHDN yang menggunakan logo dan nama yang sama (huruf besar) di aplikasi TikTok.

Mungkin agensi kerajaan sudah boleh memohon mendapatkan verifasi biru bagi memudahkan urusan semua pihak bukan?