Semua para wanita perlu ambil tahu, ini jenis-jenis senggugut yang korang lalui
“Saya hari kedua ini senggugut doktor, sakitnya.”
“Awak ada ambil pain killer tak?”
“Tak ada pun.”
“Kenapa? Boleh tahan ke tanpa pain killer?”
“Saya minum Coke saja.”
“Coke? Kenapa pula?”
“Sebab orang kata kalau period kita minum Coke, nanti darah cepat keluar, cepat habis… Jadi senggugut pun cepat habis.”
“Jadi, betul ke darah period awak banyak keluar lepas awak minum Coke?”
“Ya, banyak keluar.”
🙄🙄🙄
=================================================
SENGGUGUT atau PERIOD PAIN ini dipanggil DYSMENORRHEA dalam istilah perubatan.
Bezakan PMS (premenstrual syndrome) VS Dysmenorrhea:
Dalam PMS, sakitnya berkaitan buah dada menegang dan rasa kembung, bloatedness. Simptom PMS bermula beberapa hari sebelum bermulanya period, dan sakit PMS akan berkurangan selepas bermulanya period.
Manakala Dysmenorrhea pula bermula sakitnya bila period itu datang, dan sakit Dysmenorrhea ini cirinya ialah rasa sakit krem di bawah abdomen (cramping pain over lower abdomen).
Dysmenorrhea pula ada 2 jenis:
1) Primary Dysmenorrhea
2) Secondary Dysmenorrhea
Primary Dysmenorrhea ialah sakit senggugut yang bercirikan lower abdominal cramp, yang datang bila turunnya darah haid, dan tiada sebarang punca lain yang dapat dikenal pasti sebagai punca sakit tersebut (iaitu no other causes).
Kawasan sakitnya ialah di sekitar kawasan ari-ari (suprapubic), dan sakit itu boleh merebak hingga ke belakang pinggang atau belakang kaki. Sakitnya datang dan pergi (intermittent). Sakit ini biasa disertai simptom umum seperti loya atau muntah, pening, sakit kepala, demam dan keletihan. Sakit ini mungkin paling teruk untuk 1 ke 2 hari pertama haid.
Manakala Secondary Dysmenorrhea pula ialah sakit senggugut yang berpunca dari masalah lain, sama ada masalah di dalam rahim (uterine causes), atau masalah dari luar rahim (extra-uterine causes).
Primary Dysmenorrhea sangat biasa bagi wanita muda (dari umur belasan tahun ke atas). Antara risiko-risiko yang menyebabkan makin teruk sakit Primary Dysmenorrhea:
– umur datang haid pertama kali yang awal (early menarche)
– tempoh period yang panjang (berhari -hari)
– obesiti
– merokok
– alcohol
Kenapa ada Primary Dysmenorrhea?
Saintis pun tak tahu secara konklusif kenapa, tapi di percayai sakit atau rasa cramp itu berlaku kerana tindak balas prostaglandins di rahim. Prostaglandins ialah bahan yang terhasil di tisu yang rosak atau ada jangkitan dalam badan kita. Semasa haid, dinding rahim yang asalnya menebal (bersedia untuk menerima janin sekiranya berlaku persenyawaan) akan meluruh (menjadi darah period).
Sel-sel dinding rahim yang meluruh ini (endometrial cells) akan mengeluarkan Prostaglandins. Prostaglandins inilah yang akan merangsang dinding rahim utk mengecut (contraction) , dan contraction inilah yang dirasai sebagai “senggugut” atau dysmenorrhea. Mereka yang alami Primary Dysmenorrhea yang teruk, ialah mereka yang banyak hasilkan Prostaglandins ini.
Rawatan pain killer mungkin diperlukan semasa sakit Primary Dysmenorrhea ini. Pain killer jenis NSAIDs seperti Ponstan, Synflex dan Ibuprofen adalah selalunya efektif. NSAIDs ini akan menghalang penghasilan Prostaglandins yang kita bicarakan di atas tadi.
Selain pain killer NSAIDs, ada kalanya mereka yang teruk Primary Dysmenorrheanya memerlukan rawatan pil perancang. Ya, pil perancang. Pil perancang berkesan dalam kes ini dengan cara ia menghalang proses ovulasi (pengeluaran ovum, telur) dan mengurangkan jumlah darah haid (reduce menstrual fluid volume).
Ramai yang tidak tahu tentang penggunaan pil perancang utk mengatasi masalah Primary Dysmenorrhea yang teruk, malahan ramai juga yang agak skeptikal dengan cara ini bila diberitahu oleh doktor, terutama buat mereka yang belum berkahwin. Jangan risau, ia tidak membuat anda mandul. Ianya bersifat sementara, selagi mana anda ambil pil perancang.
Bagaimana pula nak syak anda alami SECONDARY DYSMENORRHEA?
Antara kriteria yang dikenal pasti, yang memungkinkan senggugut yang anda alami itu ialah berpunca dari Secondary Dysmenorrhea antaranya ialah:
– Dysmenorrhea yang berlaku setelah usia 25 tahun ke atas (makna nya selama ini dari usia belasan tahun tiada senggugut).
– Dysmenorrhea yang ada heavy flow atau irregular bleeding.
– Adanya abnormaliti pada sistem pelvis bila diperiksa oleh doktor.
– Dysmenorrhea yang teruk, yang tiada respon atau terlalu sikit respon terhadap rawatan pain killer NSAIDs dan pil perancang.
Punca punca kepada Secondary Dysmenorrhea ini banyak, antaranya:
1) UTERINE CAUSES (punca dari rahim)
– Adenomyosis iaitu keadaan di mana tisu yang melapisi dinding dalam rahim anda, mula tumbuh di dinding berotot (muscular wall) rahim.
– Pelvic Inflammatory Disease (PID) iaitu jangkitan di alat sulit wanita yang berlaku hasil dari bakteria yang disebarkan menerusi aktiviti seks.
– Cervical stenosis iaitu keadaan di mana bukaan pada pangkal rahim (servik) adalah kecil dan mengganggu pengaliran darah haid, maka ia meningkatkan tekanan sakit di dalam rahim.
– Fibroid iaitu ketumbuhan bukan kanser di dalam rahim.
– Penggunaan alat dalam rahim (IUCD) pun boleh menyebabkan sakit senggugut yang teruk.
2) EXTRA UTERINE CAUSES (punca di luar rahim)
– Endometriosis iaitu keadaan di mana tisu yang melapisi dalam rahim, berada di luar rahim seperti di tiub fallopio, di ovari atau di kawasan dinding pelvis. Maka setiap kali datang senggugut, tisu ini pun turut hasilkan rasa sakit tersebut.
– Ovarian cyst iaitu cyst di ovari.
– Ketumbuhan (sama ada kanser atau tidak) yang terdapat pada usus besar, pundi kencing dan ovari.
– Radang dan parut pada tissue abdomen, pelvis (scarring and inflammation) iaitu Adhesion. Contohnya parut pembedahan.
Bagaimana nak bezakan secara konklusif senggugut itu berpunca dari punca Secondary Dysmenorrhea?
– Maka perlukan pemeriksaan lanjut seperti ultrasound, CT scan atau MRI, dan juga pemeriksaan laparoscopy.
Untuk menjelaskan secara terperinci setiap punca Secondary Dysmenorrhea ini, memerlukan posting yang khusus. InsyaAllah, aku akan tulis tentang Endometriosis dan Adenomyosis sebab ini antara punca-punca Secondary Dysmenorrhea yang biasa ditemui dalam practice aku.
**Artikel ini diambil daripada Facebook Khairul Faizie yang bekerja sebagai seorang doktor.