Semua suka makan Oreo, tapi ramai tak tahu kisah penciptaan biskut ini

Semua suka makan Oreo, tapi ramai tak tahu kisah penciptaan biskut ini

 

Jika anda seorang yang peka, anda pasti akan perasan ada lambang Salib (Lorraine) pada Biskut Oreo. Ramai yang menikmati keenakan biskut Oreo, tetapi tidak tahu rahsia disebalik penciptaannya.

Seorang pengguna Facebook memuat naik sebuah video yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya mengajak pengguna Islam fikirkan semula bila membeli dan memakan biskut Oreo yang didakwa (oleh ahli teori konspirasi) dicipta bagi memperingati perjuangan pahlawan Perang Salib suatu ketika dulu.

Rahsia disebalik perciptaan biskut OREO yang ramai tak tahu

“Khusus untuk mereka beragama Islam, fikirlah balik bila nak makan biskut Oreo okay. Halal memang halal tetapi ada sebab diciptakan biskut Oreo itu.

“Islam sendiri ada ahlul sunnah wal jamaah dan muktazilah (Syiah dan sebagainya). Dalam ahlul sunnah ada 4 mazhab yang berbeza pendapat. Aku harap korang faham maksud aku. Nak tag nama kawan, silakan. Tetapi nak komen lebih-lebih, aku tak izinkan (akan didelete). Nak komen sila share video ini di wall korang then komenlah sepuas-puasnya di wall korang okay. #perangsalibdenganislam,” katanya Fauzi Poji.

Petikan dalam video yang diterbitkan oleh National Geography (Nat Geo People) dalam program Eat: The Story of Food tersebut:

“Membuktikan sekali lagi bahawa sejarah akan berulang, kumpulan salibi mungkin akan meninggalkan nama pada legenda Oreo,” kata pengulas video berkenaan.

“Ia sesuatu yang digemari oleh ahli teori konspirasi. Bulatan dengan dua salib di atas logo Oreo ialah Salib Lorraine yang dibawa Knights Templar semasa Perang Salib. Kita tidak perlu konspirasi rahsia untuk menggemari gula,” kata Nicola Twilley.

Rahsia disebalik perciptaan biskut OREO yang ramai tak tahu

Rahsia disebalik perciptaan biskut OREO yang ramai tak tahu

Namun ada segelintir netizen pula berpendapat bahawa pilihan di tangan masing-masing.

“Aku makan je biskut tu. Bukannya terpesong pun akidah aku selepas memakannya. Pilihan di tangan masing-masing.

“Mansuhkan saja huruf T, orang kita ini paranoid tak tentu pasal. Sibuk tengok akidah orang, sibuk tengok dosa pahala orang tetapi sumbangan pada pembangunan ummah langsung tiada. Sikit-sikit Yahudi, sikit-sikit dakyah Kristian,” kata netizen.