Sosial media dipenuhi pujian dan gembira, STF fasa 3 masuk awal

Sosial media dipenuhi pujian dan gembira, STF fasa 3 masuk awal

 

Sosial media sejak semalam penuh dengan kelegaan orang ramai setelah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mula disalurkan.

Kebanyakan pengguna Maybank, CIMB dan Bank Islam sudah pun menerima bayaran tersebut pada semalam.

Rata-rata meluahkan rasa syukur kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidu mereka

“Bank Islam masuk semalam, semak status dalam proses. Tapi dah masuk, thanks Malaysia Madani!,” tulis pengguna Twitter @anisazulhazmi.

“Alhamdulillah setelah sekian lama, ni baru dapat bantuan kerajaan STR Fasa 3,” ciap @cifaaaJEE.

“Alhamdulillah dah masuk di saat-saat genting. Masuk sedikit rezeki hari ini,” tulis pengguna Facebook Aliff Firdaus.

Pada 13 Jun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata STR 3 akan dibayar lebih awal kepada penerima golongan B40 sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada Julai 2023.

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bayaran STR membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion itu akan memanfaatkan lebih 8 juta penerima yang akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing.