Terkini! Selepas gosip panas, Erra nafi milik Peja
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu menafikan khabar angin tular yang berlegar di media sosial sehari dua ini yang mendakwanya menyunting primadona filem tanah air, Erra Fazira sebagai isteri keduanya.
Bukan cuma Faizal malah Erra atau pemilik nama Fazira Wan Chek, 47 juga menyangkal berita pernikahan berkenaan.
Memetik Twitter Astro Awani, Faizal memaklumkan bahawa khabar angin bahawa beliau menikahi Erra sebagai isteri kedua adalah palsu.
Manakala Erra juga memuat naik gambar di Instagram menunjukkan dia menghabiskan hujung minggu dengan berbasikal bersama kawan-kawan di Putrajaya.
“Apo (apa) tak habis-habis cerita pasal kawin ni. Apa-apa pun, manusia suka bercakap, jadi biarkan mereka,” catat Erra.
Sejak petang Ahad semalam, warganet sibuk mengatakan Erra Fazira kini bergelar isteri kedua kepada seorang ahli politik.