Unsur rasuah berlaku, pengundi terkejut calon YB ‘payung’ capati kambing

Unsur rasuah berlaku, pengundi terkejut calon YB ‘payung’ capati kambing

 

“Terkejut juga bila nak bayar tiba-tiba peniaga cakap capati kari kambing kami empat beranak dah dibayar calon wakil rakyat,” kata Azman Bidin, 56.

Peniaga ayam itu berkata dia tidak menyangka kunjungannya ke warung capati terkenal di Kampung Duyung Tengah itu bersama keluarga pagi tadi selepas calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN), Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem turut membawa tuah.

Menurut laporan Malaysiapost, dia tiba di warung itu pada jam 9.50 pagi dan memesan tiga keping capati kari kambing, lontong dan nasi lemak seperti biasa dinikmatinya sekeluarga.

“Namun tidak lama selepas itu, ketika hendak bayar, pemilik kedai beritahu ia sudah dijelaskan calon wakil rakyat yang tiba sebelum itu.

“Terkilan juga tidak sempat bertemu dengan calon, tapi saya yakin mungkin akan bertemu lagi dengannya yang sememangnya dikenali penduduk setempat,” katanya ketika.

DUN Duyong yang mempunyai 18,237 pengundi bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.

Selain Mohd Noor Helmy, turut bertanding ialah penyandang kerusi, Damian Yeo Shen Li dari Pakatan Harapan; Datuk Kamarudin Sidek (PN), Mohd Faizal Amzah (Putra) dan dua calon bebas, Gan Tian Soh serta Muhamad Hafiz Ishak.