10 selebriti lelaki Malaysia popular yang masih single

10 selebriti lelaki Malaysia popular yang masih single

 

YOLO! Sebelum ini EH! senaraikan 10 selebriti wanita Malaysia yang masih ‘single’. Kali ini, EH! senaraikan pula 10 selebriti lelaki Malaysia, ‘single’ dan hot masa kini.

Seperti wanita juga, lelaki pada zaman kini menitik beratkan kerjaya dan kestabilan diri sendiri dahulu sebelum mereka memutuskan untuk berpasangan mahupun berumah tangga. Lihatlah selebriti lelaki Malaysia yang masih ‘single’ ini, mereka kelihatan cukup sasa dan popular.

Semak aspirasi 10 Selebriti lelaki Malaysia yang masih ‘single:

1. Sean Lee

Sean Lee, 28, merupakan seorang personaliti YouTube, pengacara dan pelakon lelaki yang sinonim dengan aksi komedi di Malaysia. Sebelum menyertai lapangan Seni, Sean aktif sebagai pencipta isi kandungan untuk YouTube sejak 2013.

2. Aedy Ashraf

Dikenali umum melalui watak utama Mawi dalam telefilem ‘Tentang Bulan’, Aedy Ashraf, 29, sudah bergiat aktif dalam bidang lakonan di awal usia 10 tahun pada 2003 menerusi filem Jutawan Fakir dan puluhan drama dan telefilem. Merupakan anak kepada pelakon veteran terkenal, Liza Zain, Aedy adalah pemilik dan pengasas bersama gerai snek kentang goreng, Fam Fries yang beroperasi di The Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

3. Hun Haqeem

Dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak dan berdarah kacukan Melayu-Cina, ini lah jejaka hot yang paling diminati kini. Pelakon dan model, Hun Haqeem, 25, mulai berjinak-jinak mendekati dunia lakonan melalui latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, New Straits Times Press. Graduan pendidikan Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur, kini tampil fit, hilang 10 kilogram demi drama adaptasi W: Two Worlds.

4. Ben Amir

Finalis Hero Remaja 2012 ini pernah buatkan satu Malaysia ‘gila’ akan rambut panjangnya suatu ketika dahulu. Perwatakan rendah diri dan seorang yang pemalu, Ben, 33, juga menjadi perhatian umum kerana memilki wajah seiras ahli politik, Syed Saddiq dan pelakon popular Lisa Surihani.

5. Zul Ariffin

Pernah bercita-cita untuk menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tetapi malangnya Zul Ariffin tidak layak akibat kecederaan patah di bahu. Kemudian mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu dalam siri drama Awan Dania dan kemudiannya beralih ke watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan RTM, Gerak Khas, Zul Ariffin, 36, berkongsi dirinya bakal menjadi tetamu Haji tahun ini.

6. Dini Schatzmann

‘Jika benar kahwin, saya akan beritahu semua orang’, kata Dini, 28, yang masih tidak sahih akan status dirinya sekarang. Pelakon lelaki Malaysia kelahiran Switzerland ini mula menceburi bidang lakonan selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan

7. Khai Bahar

Mula dikenali menerusi aplikasi Smule dan mendapat gelaran ‘King of Smule‘, Khai Bahar, 29, mempunyai kelompok penyokong yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand. Dalam tempoh 7 tahun bergelar anak seni, Khai Bahar telah meraih hampir 50 anugerah iaitu dari Anugerah MeleTOP ERA (2017 – 2021), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2017 – 2021), Anugerah Planet Muzik (2017 & 2018), Top Hot HOT FM (2017) dan Anugerah Digital Muzik ERA (2018 & 2019).

8. Hael Husaini

Merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lagu dan penulis lirik Malaysia, kerjaya Husaini, 35, dalam bidang muzik bermula dengan sesi uji bakat untuk rancangan realiti One In A Million (OIAM) pada tahun 2006. Kemudian pada tahun 2013, beliau bersama temannya, Azhar Osman menubuhkan kumpulan duo, Azhael dan dinobatkan sebagai Naib Juara dalam Akademi Fantasia Musim 10.

9. Zizan Razak

Naib juara Raja Lawak musim pertama, Zizan Razak, 39, berbakat dalam bidang lakonan dan juga telah memperluaskan bidang kerjanya iaitu pengacaraan dan nyanyian. Popular dalam kebanyakkan drama dan filem Malaysia, Zizan juga menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Antaranya ialah membuka sebuah restoran burger yang diberi nama Burgerbyte dan menubuhkan kedai serbaneka miliknya, Zizan Mart.

10. Anuar Zain

Merupakan adik kepada penyanyi, Ziana Zain, Anuar, 53, dikatakan antara artis tempatan yang menerima bayaran tertinggi dengan nilai kira-kira RM50,000. Khabarnya, untuk persembahan sebanyak tiga lagu, bayaran kepada Anuar Zain mampu mencecah lebih RM20,000 dengan menggunakan minus one. Pernah bekerja sebagai pramugara bersama syarikat penerbangan MAS, pada penghujung 80-an, Anuar Zain telah meraih pelbagai anugerah sepanjang tiga dekad berada dalam dunia seni.